aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Tuesday, December 29, 2009

Aku Redah Je...

Apa yang aku belajar daripada penjgalaman ini adalah

1. Menjadi lebih bersedia- buat preparation & research sebelum ke sesuatu tempat baru
2. Lebih matang - cara kita bergaul dengan orang - PR kena bagus tau
3. Bijak menjaga diri - keselamatan tu penting

...huhu aku seorang diri lagi...kena gamble la jawabnya =)

Tuesday, December 22, 2009

Andai Kau Tahu

...Andai kau tahu, aku sangat menyayangimu...mengapa kau selalu mempersoalkan kepercayaanku padamu? dan salahkah aku mempersoalkan kejujuranmu padaku? Jangan mengharapkan kepercayaan dari seseorang, jika diri sendiri tidak jujur dalam satu perhubungan. Berilah ruang dan peluang pada dirimu untuk mencintai dan dicintai dengan penuh kejujuran untuk mendapatkan kepercayaanku. Bagaimana kau tanya, apa yang aku mahukan dan kau menjadi tidak memahami apa yang dimahukan. Aku hanya mahu kau bersikap lebih berterus terang, tunjukkan dirimu yang berani dan bertanggungjawab terhadap hati serta perasaanku yang kau sedaya upaya sentuh suatu masa dulu. Jangan lupa itu...

Tapi Allah- Sang Pemberi Cinta yang mengurniakan rasa cinta itu, Dia lah juga yang berhak andai rasa cinta ini ditarik balik. Aku redha kerana mungkin itu lebih baik.

Syukur Alhamdulillah ...



Berita baik...Alhamdulillah aku telah selamat dapat posting menjadi seorang guru. Hari ini, ya hari ini aku rasa sungguh berdebar-debar sebab aku kena hubungi bahagian matrikulasi untuk maklumat lebih lanjut. Ya Allah, bantulah aku. Kau telah makbulkan doa dan harapan aku untuk kerjaya ini, berilah aku kekuatan untuk hadapi cabaran yang akan datang.

A GOOD TEACHER TEACHES,
A BETTER TEACHER TELLS,
A BEST TEACHER DEMONSTRATES,
AN IDEAL TEACHER MOTIVATES.
'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...'

Saturday, November 14, 2009

"Kalau Mahu Menghargai dan Dihargai"



(Waafa Nabilah-gambar ini untuk hiasan semata-mata)

Teringat kala Program Perkhemahan Kadet St. John Malaysia 2002 yang aku sertai di Pantai Merdeka dulu. Pasukan Kayak dari sebuah sekolah lain datang menyelamatkan hampir 30 orang kadet yang terkandas di belakang bukit akibat air pasang dan cuaca buruk. Cakap-cakap belakang dari mereka bahawa pasukan kadet kami tidak MENGHARGAI bantuan mereka adalah tidak benar sama sekali. Cukuplah sekadar beribu-ribu ucapan terima kasih yang aku kira sudah mencukupi. PENGHARGAAN yang bagaimana mereka harapkan?adakah kerana kakak-kakak fasilitor 'tak layan' ahli diorang yang 'jual minyak'?No komen.


Sebut tentang harga-menghargai bukanlah tentang jual beli, atau tawar menawar seseorang terhadap sesuatu benda. Pada aku erti kata MENGHARGAI yang sebenar dapat diilustrasikan kepada perasaan BERSYUKUR, ucapan TERIMA KASIH atau tindakan yang MENGGEMBIRAKAN/MENYENANGKAN ke atas orang yang kita terhutang budi itu.

Saturday, November 7, 2009

FRUST & TRUST

Seorang guru yang disayangi dan disenangi mempunyai peribadi yang peramah, kelakar, baik hati, bijak, tidak cepat berputus asa,kritis dan kreatif, bertoleransi, sikap keibubapaan yang semulajadi dan pelbagai lagi personaliti yang positif. Beberapa ciri-ciri yang lain yang aku ingin tambah adalah guru sebenarnya adalah profeson yang sangat dihormati, mendapat saham dunia dan akhirat,menuntut kesabaran dan pengorbanan tinggi. Bukan naik lif tekan sendiri, tapi ini berdasarkan pengamatan dari pengalaman orang lain dan pembacaan aku. Ada bakat tapi jika tidak digilap,kebolehan menjadi seorang guru akan tergelam begitu sahaja. Kesyukuran tidak terhingga aku panjatkan apabila telah mencapai ke tahap menjadi seorang pelajar bidang perguruan. Aku harap ia tidak lenyap begitu sahaja setelah pelbagai ujian aku hadapi,Allah yang Esa menduga niat aku untuk mengejar cita-cita ini. Bukan mudah untuk aku terima,tapi aku tetap tabah dan merenung kelemahan diri dan hikmah di sebalik dugaan tersebut. Jika kelemahan diri masih belum dibaiki bagaimana pula mahu membentuk diri manusia yang lain. Menjadi seorang guru ialah cita-cita aku selepas tak layak untuk ambil jurusan veterinary.

Kekecewaan yang tak terhingga amat mendalam di sanubari selepas mengetahui keputusan Latihan Mengajar aku yang tidak cemerlang. Aku hanya dapat bersabar dengan nasib aku yang menjadi mangsa keadaan. Salah aku juga sebab terlalu percayakan rakan yang mengkhianati aku. Apaguna mengungkit, kerana aku akan lebih sakit hati. Aku terus berdoa dikala aku tidak yakin dengan sesi temuduga di BTPN Alor Setar saban hari. Tidur yang tak cukup sebab lepas kerja shift malam, aku terus bergegas pergi ke Alor Setar. Naik bas dari S.P, tayar bas pulak pancit ditengah jalan...huhu. Terima kasih kepada Baizura (Bai) sekeluarga sebab tumpangkan aku dan susah-susah menghantar aku ke BTPN. Apa-apa pun aku sangat bersyukur sebab dapat rakan-rakan yang baik. Selalu membantu aku di kala aku kesusahan. Alhamdulillah...disebabkan kecewa dengan prestasi sewaktu ujian INSAK yang dengar macam ditukar kepada 1 jam..balik rumah petang esok tu aku potong rambutku yang panjang. Ala-ala Britney Spears la pulak. Aku tawakkal dan berdoa. Rasa macam nak puasa nazar 10 hari lagi. Nazar sebelum ni pun belum habis lagi..puasa ganti lagi 10 hari. Ok tahun 2010 adalah tahun melunaskan puasa-puasa aku. Yang penting jangan putus asa.

Monday, October 26, 2009

Terima Kasih Aku Ucapkan =)

Tiada kata penghargaan yang paling bermakna selain ucapan "Terima Kasih" kepada pihak yang kita terhutang budi. Terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibu bapaku dan abang yang istimewa kerana tidak keberatan mengikut dan meraikan aku dengan berangkat ke Sabah sempena MAJLIS KOVOKESYEN ku , walaupun mereka ditakdirkan tak dapat tengok saat aku menerima skroll disebabkan masalah teknikal yang berpunca dari UMS .... time kasih juga kepada adik-beradikku yang memberi sokongan kewangan, moral dan mental. Terima kasih juga kepada keluarga angkat aku dan rakan-rakan terutama Liza yang menempatkan aku, gee dan dira sementara di biliknya. Tak lupa Ieda sekeluarga yang menjemput aku join ventura dengan family sehinggalah kami berangkat pulang bersama. Best aku sempat belajar buat Kuih Batang Buruk dengan Auntie Annie. Seterusnya aku menunggu panggilan untuk temuduga penempatan guru pula. Aku kena yakinkan dan beranikan diri..sebab aku semakin banyak tanggungjawab.

Tuesday, October 20, 2009

Aku Atau Kau Yang Belum Bersedia

Jika kau mengenang cinta lama, katakan saja...tak usah kau memaksa diri memulakan sesuatu yang baru. Akhirkan ia sebelum kita tiba ke penamatan hubungan ini..

Sunday, October 4, 2009

Blue Snake in My Dream

Arrgghhh....lari-lari, aku memaksa diri berlari,aku pun tak pasti samaada sedang melarikan diri dari sesuatu atau aku sendiri sedang berlari mengejar sesuatu. Aku pun memandang ke arah belakang,alangkah terkejutnya aku ada seekor ular berwarna biru (macam kaler turqoise) sedang mengekoriku. Aku berlari lagi kerana aku sungguh takut dengan ular, inikan pula ular yang sedang mengekoriku sungguh ganjil rupanya. Aku berlari lagi,tapi kali ini terasa ingin berpaling ke belakang,aku melihat ular tadi sudah berhenti dan ia kelihatan sungguh pudar, pucat,keletihan dan kesunyian. Tiba-tiba muncul ular biru yang lain, kelihatan fresh dan muda. Aku benci akan ular selama ini, aku hanya berfikir tentang diri. Aku tersentak dan bingung... apa erti mainan tidurku ini? aku hanya ingin istikharah. Naseb baik bukan ular kaler itam ke.

Saturday, September 26, 2009

MY PREPARATION

1. Tiket flight >< 800 >2. Hotel >< 400 >
3. Sewa keta > 350
4. Minyak keta ><100
5. Belanja Makan & huha huha >200
6. KONVO >300

TOTAL = RM2500

Yang sudah ada >< 1800 >

*Tabung dana disediakan untuk diisi......Hulurkan tangan, ringankan beban.

Dunia dan Akhirat

Jika kamu mahukan dunia, perlukan ilmu...begitu juga dengan akhirat kamu perlukan ilmu dan amal

Sunday, August 30, 2009

Ciri-ciri Lelaki Sejati

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…


dipetik dari www.tentangcinta.com

Thursday, July 23, 2009

Lesen B dan D

Jangan tak tahu aku telah berjaya megharungi hari Test JPJ dengan sangat dahsyat sekali. Setelah aku memujuk driver van kilang hantar aku dari Penang terus ke kedai lesen sebaik sahaja habis syif malam...fuhhh penat beb, tak balik pun rumah dan tak tidur. Aku yang membawa pencuci muka dan berus gigi singgah sebentar di toilet kedai agen lesen untuk membersihkan diri. Tak nak la tak segar masa ambil test kenderaan nanti. So, setelah tiba di I.D.I Seberang Jaya aku pun mendaftarkan diri..alamak lesen aku ada kat orang I.D.I lah..pegawai JPJ tak bagi aku ambil test. Aku pun apalagi masuk ke mendapatkan lesen aku balik yang cikgu I.D.I pegang, tapi tak nak mengaku diorang yang simpan. Lastly, depa jumpa juga lesen aku yang dalam simanan diorang. Aku tersenyum sinis..dan berkata dengan kuat : ooooo...depa yang pegang lesen, salahkan kita pulak. Malulah nyonya yang sound aku seketika tadi, setelah aku sound dia balik. Awatlah aku jadi jahat sangat masa tu tak tau..kalau tidak aku jarang sekali nak marah orang...Alhamdulillah setelah melalui hari yang mendebarkan, aku lulus test motosikal dengan cubaan beberapa kali menongkat moto dan lulus test kereta dengan markah sipi-sipi. Aku sempat balik dan tidur selama dua jam sebelum memulakan kerja syif malam semula. Apa yang penting di sini, aku cuba memberi fokus dan hapuskan tekanan pada diri sewaktu diri amat tertekan.

Keja Kilang

Kelmarin genap 4 hari aku bekerja kat kilang WD-Digital..penat la wei, rasa macam nak tercabut kaki aku ni. Pi mai, pi mai transfer disk dalam cassette dari satu mesin ke mesin yang lain selama 12 jam. Kilang ni tak glamer pun..tapi tahukah anda bahawa kilang US ni lah yang provide hard disk kepada berbagai-bagai jenis alat elektronik dalam dunia ni?..ala..customer dia terdiri daripada acer, HP, intel, Compaq, Nokia dan berpuluh-puluh lagi jenama laptop, handphone, external disk korang. Dulu after SPM aku keja kilang Jabil Circuit yang buat motherboard untuk HP, AMDa dan Cisco Compatible. Tu semua hasil kerja tangan aku Justify Fulltau...berbaloi gak keja masa cuti. Dapat simpan duit, cari kenalan baru dan terisi masa lapang aku. Lagipun gua bukan orang senang beb, mak gua dah tua dan tak keja. Bapak pulak dengan cara dia. =) Nasib badan lah..gua redha saja.Tapi bila difikirkan, lagilah rugi kalau aku duk kat rumah saja. Nak harapkan ayah aku sorang cari duit, memanglah tak patut. Kita dah besar, malu maaa nak duk rumah habiskan beras saja. Parents of course la tak bagi keja, tapi aku degil. Lepas aku pujuk..punya kona la, baru mak aku bagi. Mula-mula mak suruh perisi ikan bilis ja..huhh tak mau la aku. Tak berbaloi lansung dengan masa yang ada ni. rm9 untuk 5 kilo ikan bilis, terkopek tangan aku nanti. At last aku pi ambil iklan keja kilang kat bus stop. Ha...dapat gak aku kol dan bekerja dengan kilang ni. Tak lama...macam kena resign ja Oktober ni sebab nak pi Sabah selama 10 hari. So mana ada kilang nak bagi cuti sebanyak tu, so aku cari kilang len pulak sebab interview cikgu UMS hanya bermula pada November ini. Geram betul denganUMS ni serba lewat buat kerja. Pray for me ya...

Tuesday, July 7, 2009

Lemah Lembab

Bidang teknikal bukanlah kepakaran aku.. bidang matematik jauh sekali. Aku kurang keyakinan pada dua bab tu. Aku pernah lemas pulak dalam air laut setakat dada je. Mengikut taksonomi 'apa ntah' yang berkaitan dengan perkembangan pergerakan fizikal seseorang, terdapat sehingga tujuh peringkat bagi menguasai sesuatu kemahiran fizikal. Contohnya memandu kereta dari 'zero' sehingga cekap, tangkas dan selamat. Apa kemahiran yang diperlukan bila memandu kereta??? wah macam tak percaya ja aku boleh bawa kereta, apatah lagi mengulasnya dengan lanjut. Aku sedari diri ini yang agak lambat pick up (loi kata orang utara). Ia amat aku kesalkan dan aku ke arah 'memperbaiki' cara pemanduan aku yang telah dikatakan oleh Cikgu Khalifah bahawa ia sangatlah merbahaya dan laju tak tau punca. Salah aku juga yang tak ingat jalan A,B atau jalan C. Manalah aku tau jalan raya kat Pulau Pinang ni, aku memang tak pandai hafallah bab-bab jalan raya ni. Teringat pulak jalan kat Tuaran, Sabah...huhu dah dekat 50 kali aku pi ke Tuaran tu. Tak pernah aku ingat jalan. Marah gak Si Sue bila dia hantar aku pulang ke rumah sewa. Apalah nasib aku. Sebaknya aku masa dia Cikgu yang ajar aku tu, dia marah aku bertubi-tubi. Aku pulak gagal fahami bahasa Melayu dia. Kejap jalan mati, kejap jalan hidup. Warrrgghhh.....tensionlah aku macam ni. Tapi kata beliau lagi tiba time side parking, parking 3 penjuru dan kat bukit oklah pulak. Macam mana tu? Selain tu aku tak dapat tumpukan pada arahan dia, dia kata aku buat ikut suka aku je. Aku pun pelik, kenapa ya?adakah aku berpenyakit autisme? Aku tekad untuk melawan beberapa ketakutan aku sejak kebelakangan ini. Sekarang aku meminati cerita Keliwon kat TV3 tu-nak tengok hantu apa2 jenis dah pandai aku.Selai tu, aku paksa diri mencuba games yang ekstrem kat Genting Highland tempoh hari. Sampai habis rm600 jenjalan sana sini.

So tolonglah doakan aku ye untuk bawa mengharungi pretest dan test-JPJ akAn datang. Sekarang aku nak google map jalan Seberang Jaya ni. So memudahkan aku la sikit. Persediaan aku pula dengan baca balik buku KPP tu, dan bawa bertenang banyak. Janganlah gelakkan aku pulak......ya Allah tolonglah hambamu ini. Amein.

Sunday, May 17, 2009

Antara Kesengalan dan Kesabaran =)

1 hari sebelum pulang...

ermmm...sekarang dah 5 kotak pos balik rumah, pos by sea so total RM55.50 kena caj...satu kotak (printer), bag pack (laptop).ooo...cukup la ni. eh ada laie, pack ikan kering dan kerepek. Kuih cincin minta mahap...tak payah beli, amplang baru laku kat Bukit Mertajam tu. So yang ini aku guna beg hijau JKR.

hari kepulangan...
kejap tunggu, sabar, nanti aku sambung lagi. =)

Wednesday, April 15, 2009

"Mamat G @ Gilmore Guy"

Kali ni aku nekad berkejar ke kediaman Avatar E, naik jet bertenaga solar milik Lolita dengan Gokurina. Kawan aku yang seorang ni paling mudah nak minta tolong kat dia, kalau aku dalam kesusahan, dia la selalunya orang yang aku cari...huhu terima kasih banyak-banyak ya Miss Gokurina a.k.a Fauziah/Kebanggaan. Sorry kerana selalu menyusahkan hang, gua bukan sengaja beb...susah senang kita bersama ya.
Setelah laptop Naruto aku "switch onn" kan, aku duduk termangu-mangu dengan Sizuka dan Rain. Dua minit selepas itu turunlah segerombolan mamat kediaman Avatar E. Waaa..ramainya nak tolong 'tengokkan' laptop gua yang bervirus 'TROJAN' dan worm 'B**B***K' ni. Curious juga aku siapa yang jaguh antara semua yang datang ni.
"korang buat aku terharu" nada dalam hati terungkap ketika itu. Lirik-lirik mata aku melihat, dan berkata "yang mana satu yang nak tolong ni?". Aku senyum tapi mendiamkan diri lepas tu sebab aku memang pun seorang pendiam...gua tak ramah sangat dengan orang yang gua tak kenal. Kalau gua kenal, ada chemistry, barulah gua try to win their heart. huhu...gua tahu nama mamat G setelah dah nak balik. Sorry lagi..
Jawapan kepada soal hati gua sebentar tadi terjawab dengan melihat perlakuan rombongan mamat-mamat tersebut. Mamat yang duduk sebelah gua dikenali sebagai Gilmore atau lebih mesra lagi gua sebut mamat G. La....sorang je yang berminat menyelesaikan masalah gua ..yang lain tolong tengok saja. Memang betul-betul tengok sambil menjamah hidangan. Tak pe...tak pe...gua serahkan pada mamat G yang pakar. Mamat-mamat lain menyatakan kemusykilan mereka bahawa mamat G yang tengah 'treat' laptop aku tu tak de sebiji pun laptop sehingga haribulan 13 April 2009. Aku bertambah ragu dengan keikhlasan mereka pada malam itu. Ini yang gua tak bleh bla ni...korang ni cakap macam tu, jatuhlah maruah dia, korang tak datang hulur bantuan pun. Gua tak kisah lah..tapi kemudian mamat lain tengah melantak, kesian aku tengok kat mamat G. Mati anak orang ni macam mana, siapa nak jawab?mana la tau pengsan sebab tak makan nasi 4 hari macam aku... untuk rekod, aku tak ada selera sebab tengah sakit orang perempuan. =(
Soalan demi soalan bertubi-tubi mamat G tu tanya aku pasal laptop Naruto ku ni, macam polis pula dia. Soal selidik kualitatif secara temuduga telah berjalan, berkisar tentang apa yang aku tahu pasal cara-cara nak format laptop. "Ok..ok..saya hanya tau masuk CD windows, then boleh format lah. Tapi itu kalau CD drive boleh baca CD yang saya masukkan tu. Kali ni TROJAN dan B***B***K dah kasi hancus banyak driver kat dalam laptop saya, so tak dapatlah saya buat, kita kena pakai cara 'boot' kan dia betul tak?''.hehe... betul ke jawapan aku tu? Tunggu jap...anda silalah baca lagi.
Kenapa ya mereka bertanya macam tu sekali?aaa...yang sebenarnya aku ada bagi tahu Sizuka bahawa aku reti format, cuma CD windows XP tak de. Ewah...lagipun dah lupa, even dah belajar kat abang ipar aku dulu. Tu la ilmu kalau tak diamalkan mudah luput dari ingatan. Aku cuba mempertahankan pengetahuan dalam bab teknologi aku berbanding Sizuka yang memang pandai dalam bab akademik. Masalahnya Sizuka bagi tahu mereka aku ni pandai format laptop. Kan dah menganiaya gua yang memang macho ni?yang pasal aku dah lupa cara format tu tak dibagi tahu pulak...itu yang bahaya kerana telah mencabar kebolehan mamat-mamat tu. Kegagalan menunjukkan aku ni reti juga format laptop terserlah apabila dengan sendirinya aku terlanjur menceritakan yang kelmarinnya aku telah menghantar laptop Romaina untuk diformat, terbang RM aku di situ...aku tak berani format, sebab skill pun dah lama lupa. Pulak tu mamat G telah membelek CD case aku. Terpampang dipoket depannya, CD Windows XP. Mati aku...janganlah mengata gua ya lepas ni... gua minta maappp...gua tak da niat mau tunjuk gua pandai format laptop. CD Windows XP tu Romaina yang bagi pinjam, gua lupa nak pulangkan. Memang gua tak memiliki sekeping CD Windows XP secara total. Kalau tak aku tak cari kalian semua. Pasal CD Windows XP pula gua kantoi, tapi gua senyum je..buat-buat tak tahu. Mamat G, gentleman, tak bising pun bagi menjatuhkan air muka gua. Aku respect sama kau..
Hello...aku tak da nawaitu lansung pun nak mengorat sesiapa, layakkah aku nak mengorat pakwe orang?oooiii geli untuk berlaku sundal begitu...tak da masa lah nak buat gitu. Tapi in that time it was very interesting part sebab ada orang menyampah aku memuji-muji mamat G cekap dan terror. Awak jealous ke?, dah dia pandai dan tak tak ada lansung raut wajah seorang kuat cemburu pada dia, apa salahnya aku meluahkan isi hati?. Walaupun mamat G sangat banyak cakap, penat aku melayannya, mamat G sangat jujur dan berterus terang. Mamat G berkata kepada mamat R, "dia menyampah la tu"...eh.. aku pun mau kasi panas lagi, dan terus memuji-muji lagi mamat D dan G. Mamat D macam pemalu, tu sebab dia tak join mamat G memformat laptop ku. Macam species Gabra ni, species cute pun ya juga. Tak kisahlah anak kucing saya lagi kiut dari awak.
Langkah pertama kami adalah cari jalan untuk 'boot' laptop ni. Aku bagi tahu aku nak belajar format, nak tengok macam mana mamat G buat. Tekan F2, tak dapat, restart semula. Tekan F12, eh tak dapat juga...aku makin ragu dengan kebolehan dia. "Tak apa, cuba semula, coz sesetengah laptop atau desktop kita tekan 'Del' untuk 'boot' "ujarnya."I see...cuba la dulu" aku membalas. Aku cuba menduga keterroran mamat G.
..............Tetiba saja dapat 'boot', ok...keyakinan aku pada dia dah naik ke 10%. Lagi progress lagi, masuk CD Windows XP,kata mamat G lagi "ni kalau ko pakai CD yang tak original, even ko tengah online, ko jangan klik ini, klik yang ini, kalau tak dia kasi blok terus.","...ok2.."aku membalas tanda setuju dengan cadangan dia tu. Ada lagi seterusnya..."untuk bahagikan partition hard drive ni kau mahu berapa banyak?ko boleh buat banyak partition, local C, D atau berapa saja, hard drive ko berapa berapa besar?.....40GB saja kan.. 1G berapa MB?"
..haa?aku fail betul la bab-bab fizik dan math ni. Aku pun angkatlah tangan berjari sepuluh dan mengira..."TERA, GIGA, MEGA, KILO..ooo ya 1000MB". Aku tersenyum tanda lega. "Habis tu kalau 10MB, berapa?...aaaa aku jawab..."10,000MB. betul tak?",aku cemas sebab tiba-tiba ja dia bagi kuiz. Kawan-kawan kami yang lain sudah mula ketawa terbahak-bahak. "Bukan apa ni soalan pengetahuan am ni", katanya. Fuh!!..aku tersenyum bingung. "OK, partition C ko mau berapa besar?"soal Mamat G lagi... "ikut pendapat kamu yang expert lah", aku bilang sambil mendongak ke arah mamat D. mamat D mirip kawan aku kat mana ntah, macam familiar muka dia. Aku mendongak ke arah dia sebab aku mau kata dia pun expert, ye lah...mulanya aku minta dia yang format sebab dia pernah format laptop Gokurina. Tapi mamat G pula yang jaguh pada laptop Naruto milik si Iedalova, willing to help me...tak kisahlah. Korang boys memang lagi jaguh dari girls...girls sikit-sikit nak hantar laptop ke kedai ja kalau benda-benda begini berlaku. Kita dianugerahkan otak yang sama, kita pun boleh jika kita mahu belajar. (Tapi lepas tu kena aplikasi) - saya pula dalam proses penambahbaikan diri, dulu pun sama girls lain juga. "Finally, bila dah siap mamat G sucikan laptop tu, keyakinan saya pada kamu menjadi 100% En. Gilmore Guy. Arigato Gozaimasuke"...
......Sizuka dan Rain dah bagi tahu bahawa mamat G atau mamat A,D dan lain-lain ni kalau minta tolong format dengan diorang, diorang tak mau ambil pun bayaran. Alamak gua dah la format free, belajar dari dia pun tak bayar. Kalau murid pergi sekolah belajar pun guru dibayar. "Ok,ok...sekarang saya belanja ko ya... nah BURGER SPECIAL di kafe Avatar kamu sendiri.. McDollah tak de, gua boikot. Yang lain-lain aku belanja keropok lekor ja ek, gua dah pokai..."
P/s: Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas kepada rakan-rakan yang sedia ada dan rakan-rakan baru yang membantu saya dalam menyelesaikan masalah dengan TROJAN dan B***B***K di Kampung E tempoh hari. Saya tertanya- tanya apa itu worm B***B***K? sungguh lucu dan lucah apabila disebut. "Siapa yang banyak masa lapang dalam hidup dia dengan mencipta benda alah ni?"....

Thursday, April 2, 2009

"Lain Penyakit, Lain Ubat Diberi" - isu PPSMI


Aku cukup terkilan dengan segelintir rakan-rakan yang masih mengagungkan yang "western is the best". All comes from the west adalah yang terbaik. Bukan semua...diulang, bukan semua ya. Adalah perkara bagus sangat hendak diteladani, ada perkara yang kita mesti tolak. " anda ingat tak kata-kata seorang pelakon yang tak sedar diri pernah memalukan diri sendiri dengan ungkapan "I'll sound stupid when I'm speak Malay". Habis tu, yang dia berlakon drama Melayu tu apehal?Tak ke macam keling je 'bunyi' nye?.. pergilah cari kerja kat luar dari Malaysia.

Ini tak, daripada cara hidup pun dah boleh nampak. Pernah Mat n Minah Saleh bertanya kat akak aku, "Why these all people like monkey?, they have brown skin with blonde hair?" Betapa segelintir orang kita tak ada jati diri dan semangat ketimuran?
So, ia adalah sesuatu yang boleh dikaitkan dengan PPSMI. aku akan sentuh bab "Budaya Pemikiran Orang Malaysia" ni kemudian.

Alasan "negara kita lambat menuju kemajuan" dan "semua buku-buku rujukan Sains dan Matematik semuanya dalam bahasa Inggeris" adalah tidak dapat diterima sama sekali. Itu antara alasan yang aku dapat kalau berdebat pasal PPSMI dengan beberapa mahasiswa. Ada juga segelintir yang tak kisah pun perkara ini (PPSMI ada ke tak, dia tak pernah kisah). Orang macam ni kena kick je dari bidang pendidikan. Di mana Institut Penterjemahan Negara?.

Adakah sejarah membuktikan negara-negara seperti Zimbabwe, India dan Filipina menjadi sangat maju setelah sekian lama menggunakan sistem P&P dalam B.I?...Bukankah itu antara negara yang amat kurang dapat meningkatkan taraf hidup rakyatnya lantas membasmi kemiskinan? Adakah semua rakyatnya berpeluang bersekolah?

Memanglah..atas alasan itu, kok awak nak bandingkan negara kita dengan USA tu buat apa?. Bukankah kemerdekaan USA telah pun beratus-ratus tahun dahulu?. Itu pun setelah mencedok ilmu dari zaman kemajuan tamadun Islam. Ya betul mereka belajar bahasa Arab untuk mendapatkan ilmu yang sangat diperlukan untuk membangunkan tamadun kegemilangan mereka hari ini. Buku-buku diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh ahli akademik dan bijak pandai mereka. Walau bagaimanapun, perkembangan kognitif seseorang pelajar di negara barat dikembangkan dalam bahasa ibunda mereka. Dari kecil memang pakai bahasa Inggeris, tak kisahlah mereka boleh maju dengan cepat. Begitu juga Jerman, Jepun dan Rusia.

Golongan anti-PPSMI bukan menolak dan tidak lansung menghalang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam pengajaran di sekolah (TESL). Betul kami setuju B.I itu penting, tapi bukanlah penting sehingga mengatasi fungsi B.M. Mengikut sejarah B.M adalah antara bahasa yang tertua di dunia, dan pernah menjadi Lingua Franca satu masa dulu. Memanglah sejarah, ia sudah tinggal sejarah, tapi ia boleh diulang kembali. Antara mahu atau tidak je. Bila tak fasih berbahasa Inggeris, orang akan kata kita tak maju, ketinggalan. Kita tolak PPSMI, orang cakap kita halang anak bangsa nak maju. Konflik orang bandar dan orang kampung sangat ketara di sini. Beritahu saya berapa ramai anak orang kampung yang jadi perdana menteri, ahli akademik terkenal, sejarawan, (artis jual kontrovesi tak de citer ye kat sini), saintis dan pakar perubatan?. Semua orang ada potensi kalau diberi peluang, kenapa tak ada kaji selidik dulu dan melaksanakan PPSMI secara ad-hoc je?Apakah strategi disebalik perkara ini, adakah terdapat udang disebalik mee? =) udang fresh ke udang busuk?

Yang sibuk-sibuk pertahankan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia ni orang Melayu ja. Ada la juga orang lain yang baru nak ambil kisah tentang PPSMI dari setelah dijemput untuk berdiskusi satu malam sebelum hari program Diskusi Perlaksanaan PPSMI... PPSMI hanya akan menanbahkan jurang antara kaum yang sedia ada. Yang di nampak hanya nilai materialistik sahaja. Itu sebab suka menyindir orang Melayu yang tak dapat kerja sebab tak fasih B.I. Tiada faedah 'nilai diri' di sini kan?

Yang lemah itu adalah sistem pengajaran B.I itu sendiri, B.I yang patut berkali lipat ganda di ubah pendekatan pengajaran B.I, MARILAH adakan subjek B.I untuk komunikasi, kempen betul-betul semua orang mesti kuasai B.I, to learn English you must have a commitment! Jangan gelakkan kawan kita bila dia cakap dengan 'broken English', padahal awak pun sama level ja. Pandai komunikasi B.I, baru senang dapat kerja, itu titik tolak perlaksanaan PPSMI, Bukan menjadikan subjek Matematik dan Sains sebagai mangsa. Ia adalah subjek robotik, tidak sama dengan subjek sosial dan linguistik. Ia adalah kreativiti dalam perkembangan kognitif diri seseorang. Ia lahir dari JIWA, bahasa itu pun JIWA, jangan tukarkan JIWA bangsa kita. Kita bangsa Malaysia... Ia hanya boleh dibentuk dengan bahasa ibunda yang betul-betul sebati dengan jiwa individu tersebut. Hanya orang yang pernah mengalaminya yang faham situasi ini. Sewaktu di tingkatan lima lagi aku sudah berfikir tentang perkara yang menyakitkan hati ini, tapi aku mengiakan sahaja sebab pada ketika itu aku sokong program-program yang boleh memajukan anak bangsa. Tapi PPSMI ini pada pendapat aku satu-satunya keputusan yang paling aku tak setuju. Ini namanya DEMOKRASI DALAM PENDIDIKAN?.


Negara Malaysia ni pun ramai pereka cipta yang handal. Cuma tiada siapa yang memberikan sokongan terhadap produk mereka. Antaranya, salah seorang pereka cipta yang handal tengah berusaha membina rumah solar berekabentukkan rumah traditional beliau sendiri di Kuantan Pahang. Beliau berusaha mengumpul dan membuktikan modal sendiri sebanyak RM100, 000 dapat membangunkan impiannya itu. Duit yang dipegang oleh pihak tertentu berbilion-bilion ringgit, sesen pun tak digunakan untuk mengembangkan R&D pereka cipta tempatan. Apabila pereka cipta atau seseorang pelajar tersebut berjaya barulah terhegeh-hegeh nak beri pengiktirafan itu dan ini.. tahulah niatnya nak berkempen...menyampahlah aku.

Log in ke url ini untuk baca mengenai ZulkiflI Haron.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


Pelajar MRSM Langkawi - Harumkan negara di Intel ISEF


Ahmad Amirul (kiri sekali), Mohd. Suhaimi dan Ijaz dari MRSM
Langkawi bersama projek mereka di Intel ISEF, New Mexico,
Amerika Syarikat baru-baru ini.

Tiga saintis muda dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih tempat keempat Grand Award for Team Project dalam pertandingan sempena Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa (ISEF) Intel baru-baru ini.

Dalam pertandingan tahunan yang ditaja oleh Intel dan diadakan di USA Albuquerque Convention Center, New Mexico, Amerika Syarikat itu, tiga pelajar MRSM Langkawi iaitu Ahmad Amirul Aiman Samsudin, Ijaz Khalif Abdul Malek dan Mohd Suhaimi Suib telah bertanding dalam kategori Pengurusan Alam Sekitar dengan projek bertajuk Lignin from Oil Palm Empty Fruit Bunches as an Adsorbent for Heavy Metals ion (Cu2+).

Projek tersebut bertujuan untuk mencari kaedah alternatif yang murah untuk menulenkan air atau membersihkan bahan buangan bertoksin dengan menggunakan tandan kelapa sawit kosong yang boleh didapati dengan mudah di negara ini.

Sifat lignin dari tandan kelapa sawit kosong adalah sama seperti bahan karbon teraktivasi yang sering digunakan untuk menulenkan air dalam proses osmosis songsang.

Kemenangan

Kemenangan itu membolehkan para pelajar berkenaan meraih hadiah wang tunai RM1,700 (AS$500), reben dan sijil.

Menurut Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Intel Malaysia, Debjani Ghosh, tiga pelajar MRSM itu kini tersenarai bersama juara-juara yang pernah di hasilkan oleh negara ini sejak tahun 2000 menerusi pertandingan berkenaan yang membuktikan semangat dan keupayaan rakyat Malaysia untuk bersaing di arena antarabangsa.

``Kita perlu terus menjana pemilikan kemahiran pembelajaran abad ke-21 seperti pembelajaran berasaskan pertanyaan, untuk memastikan kita membina acuan untuk pemikir kritikal yang akan menjadi generasi pemikir dan pencipta yang seterusnya,'' kata beliau.

Pengerusi Intel, Craig Barret berkata semua 1,500 peserta Intel ISEF dari 51 negara, rantau dan wilayah mewakili sebahagian daripada pemikir paling inovatif dari seluruh dunia.

``Intel ISEF adalah salah satu komitmen kami untuk memupuk pencipta muda seperti ini yang pada satu hari nanti akan menukarkan dunia dalam bentuk yang tidak kita terfikir,'' katanya.

Sehingga 2006, seramai 49 pelajar Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan Intel ISEF.

Pada tahun 2000, Hafiz Musa dari SMK Taman Dato' Harun, Selangor memenangi tempat ketiga dalam kategori Sains Komputer, kemudian pada 2004, Chin Wooi Meng dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang berjaya meraih hadiah lebih RM7,600 (US$2,000) melalui tiga anugerah termasuk tempat keempat Grand Award for Individual Category.

Seterusnya pada 2005, Esther Chiong Chiew Yee dari SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak memenangi tempat ketiga Grand Award for Individual Category, manakala pada tahun lalu, pasukan tiga pelajar dari SMK Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah memenangi tempat keempat Grand Award for Team Project untuk kategori Perubatan dan Kesihatan.



Biola robotik pelajar Malaysia menang anugerah antarabangsa

MELBOURNE 9 Jun – Empat pelajar Malaysia mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila pemain biola robotik ciptaan mereka, RoboFiddler memenangi tempat kedua pada Pertandingan Orkestra ARTEMIS pertama di Berlin.

Mereka ialah Joshua Chia dari Sabah, Lee Chin Hooi (Ipoh), Hong Boon Yao (Kuala Lumpur) dan Beinyg Lim yang kesemua mereka merupakan penuntut tahun akhir jurusan kejuruteraan mechatronik di University of Adelaide.

Kesemua pelajar berkenaan kecuali Beinyg Lim, pergi ke Berlin bagi membuat demonstrasi ciptaan mereka dan menerima anugerah berkenaan atas tajaan NICTA, sebuah institut penyelidikan teknologi maklumat dan komunikasi terkemuka Australia.

Pertandingan yang diadakan sejajar dengan tradisi muzik yang berakar umbi dalam masyarakat Eropah itu, mencabar kebolehan peserta untuk menghasilkan peralatan yang mampu memainkan alat muzik sebenar dengan menggunakan teknologi sampingan.

“NICTA gembira dengan keputusan ini, terutama memandangkan pertandingan itu menarik penyertaan pasukan dari seluruh Eropah.

“Saya rasa, mereka menjadi daya tarikan kepada pengunjung,” kata ketua eksekutif NICTA, Dr. David Skellern dalam satu kenyataan.

Sistem yang digunakan oleh RoboFiddler menghubungkan sebuah komputer riba kepada sebuah alat kawalan mikro yang mengawal lengan robot serta pergerakan enam jari logam yng membolehkan 28 nota lagu dimainkan dengan menggesek empat tali yang terdapat pada biola.

Irama yang dihasilkan oleh RoboFiddler kemudian dimasukkan ke dalam sebuah kpmputer induk dan dimuat turun kepada robot yang menggunakan alat kawalan mikro.

Kemudian, alat kawalan pusat akan berkomunikasi dengan komputer induk dan memuat turun irama yang akan dimainkan kemudiannya. Selepas itu, ia menghantar maklumat ini kepada alat yang mengawal pergerakan kawalan jari bagi menyelaraskan pergerakan yang diingini seperti tekanan jari, gesekan dan pergerakan lengan utama robot berkenaan.

“Sistem ini memang rumit kerana alat penggesek dan kelajuan gesekannya bukan sahaja perlu diberitahu tentang tali mana yang patut digesek, tetapi juga dari sudut mana dan pada kadar kelajuan berapa gesekan patut dibuat bagi menghasilkan bunyi yang bersih.

“Walaupun bunyi yang dihasilkannya tidaklah mencapai standard orkestra, tetapi ia merupakan suatu hasil ciptaan kejuruteraan yang menarik,” kata Ketua Sekolah Kejuruteraan Mekanikal University of Adelaide Prof Colin Hansen.

Pada pertandingan itu, RoboFiddler mempersembahkan dua lagu iaitu lagu tradisional berjudul “Soldier’s Joy” dan lagu “100 Etudes, Op.32” daripada bahagian pertama Buku 1 karya pencipta lagu Jerman Hans Sitt.

Dua lagu itu ditetapkan oleh penganjur.

Pasukan RoboFiddler menerima hadiah berupa sebuah trofi dan 9,000 Euro.

Tempat pertama dimenangi kumpulan dari Jerman yang mencipta alat pemain rekoder yang mampu mengikut arahan konduktur serta mengiringi petikan piano.

Wednesday June 13, 2007
Polytech students create prototype vehicle
By R.S.N. MURALI

KUALA TERENGGANU: Final year diploma students of Automotive Mechanical Studies have invented a prototype vehicle to be used by juniors in experiments.

The students of Politeknik Sultan Mizan Abidin successfully created the prototype without an engine for research on the air-con system of a car.

Project supervisor Ahmad Rosdi Rahim said the invention would be used as a teaching aid by the college and make the work of lecturers easier.


Inventive endeavour: Students and lecturers viewing the protype model at
the polytechnic in Kuala Terengganu recently.


Previously, lecturing on the air-con system of vehicles was complicated due to the vehicle engine being mounted parallel to the cooling device.

“We can now go straight to the subject without confusing students by dismantling the engine during the course of study,” he said here recently.

He said the students had also made seven other research materials for lecture purposes.

Among the inventions were a power-steering system, motorcycle with side cargo carrier, Mini Quad, a vehicle for recreational purposes and a hybrid battery-powered mini racing car, he said.

He added that another product was an “easy jack” which had a motor.

------------------------------------------------------------------------------
a fantastic invention - syabas to all those students -
very useful
congratulatons - --

Malaysians thinking out of the box


A group of Malaysian inventors from Universiti Teknologi Petronas recently managed to secure five gold medals at the Invention and New Product Exposition (INPEX) 2007 in Pittsburgh, USA. But they are just a few among the tide of new inventors. ARMAN AHMAD talks to several to get an insight into the local inventions scene.


The Cooling Helmet is a cool solution for
people working outside in the heat.


KUALA LUMPUR: The metallic contraption glistened in the sunshine. Deep inside the bowels of the machine a faint clicking and whirring could be heard.

As the whirring subsided a feathery white object shot out and was swiftly met with a smash by Munira Nur Farizan Ishak who was holding a badminton racket.

"It can shoot as many as 30 shuttlecocks per minute," she said as she prepared to catch the next speeding shuttlecock.

Munira and her college mates built the machine on a shoestring budget, aided by a bit of guidance from their Universiti Teknologi Petronas lecturers Kee Kok Eng and Mohd Syaifuddin Mohd.

"We wanted to find a way to automate the process so that a badminton player can focus on improving his skills instead of picking up shuttlecocks," said Munira.

The device won a gold prize at a national invention competition.

"Revo: The Automatic Badminton Shuttlecock Launcher" has yet to be produced commercially but other local inventions are already improving the lives of Malaysians.

One example of a Malaysian invention that is currently in the market is Mortex — a new generation latex stimulant for young rubber trees.

A team from the Malaysian Rubber Board led by Dr Yusof Aziz and Dr Mohd Akbar Md Said took two years to come up with the ingenious concoction.

"You just apply between 0.5 to 1g on the tapping board (the place where you tap rubber) and this will make more latex come out from the tree.

"The increase is between 30 and 40 per cent. Sometimes, production will increase up to 50 per cent," said Yusof, adding that the stimulant was developed from palm oil extracts.

He said stimulants used by small holders previously had side effects and only managed to boost production by 10 per cent.

Yusof said the best thing about the stimulant is its affordability.

"A 500g bottle of Mortex costs RM6. It can be used for up to 500 trees," he said.

Believe it or not, researchers from the Forest Research Institute of Malaysia have found a way to make particle boards from tongkat ali industrial waste.

Now that may sound downright silly if not impractical until you realise that, with the surging demand for tongkat ali drinks, dozens of factories are churning out large amounts of waste that is mostly just thrown away.

"The yield is quite low. To extract 7kg of the active ingredients, about a ton of wood is processed. Most of it is thrown away, but we are trying to find ways to use every part of the plant," said FRIM research officer Mohd Ilham Adenan.

"The trees can reach up to 10 metres in height and the quality of the particle board produced is comparable to those from other species.

"In fact, it has a yellowish tint and a texture which is quite attractive," added Mohd Ilham who has been doing research on tongkat ali for six years.

Other local inventions provide simple solutions to everyday problems.

The Cooling Helmet, for instance, is a cool invention that provides welcome relief for anyone working under the hot midday sun.

Also developed by Universiti Teknologi Petronas, the gadget is essentially a helmet with a built-in air-conditioner.

It was one of the inventions that won a gold prize at INPEX 2007.

"This helmet is used by workers exposed to hot and humid conditions, like grass cutters and road workers. It is especially useful during the fasting month," said Dr Chong Fai Kait, one of the lecturers responsible for creating the invention.

The device incorporates a thermoelectric module which cools the air while a fan at the rear of the helmet circulates it.


Invention that could benefit heart patients in rural areas

A LOCAL invention that listens to a patient's heart beat to detect heart disease won three gold prizes at the Invention and New Product Exposition 2007 (INPEX 2007) in the United States, recently.

If the device passes clinical trials, it could be used as a cheap alternative to detect heart disease patients in rural areas where a cardiologist is not available.

The invention, called the Computer Cardiologist, is a computer programme which processes the systolic and diastolic sounds made by the heart recorded using an electronic stethoscope.

It was created by a team from Universiti Teknologi Petronas led by Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani and Prof Dr P.A. Venkatachalam.

"We are able to find certain rhythms that pinpoint heart murmurs or that the heart valves are not working properly," said Dr Ahmad Fadzil. He said doctors often used a normal stethoscope to listen to heart sounds to detect problems.

"However, it is inaccurate because human beings are not very good (at it). The issue is how to make it more accurate," he said.

Ahmad Fadzil said the programme was integrated with a system that could evaluate other factors about a patient to determine the nature of his heart problem.

"Each bit of information is given a certain ‘weight’ used to predict the type of disease," he said.

Ahmad Fadzil said currently, the system could detect 15 different types of heart problems.

"We did our research with the National Heart Institute, using about 40 patients. The Computer Cardiologist can pinpoint the problems with accuracy," he said.

The invention won gold prizes in the Health, Electronics and Design (Technical) categories. It was one of five inventions submitted by UTP at the exposition.

Two other inventions — the Cooling Helmet and Series Hybrid Vehicle with Linear Generator (SHEV) also won a gold prize each.


Letih cuci kereta, pelajar cipta robot
Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 3 Julai – Sering keletihan selepas membantu ibu mencuci kereta setiap minggu, tiga kanak-kanak berumur 11 tahun mencipta sebuah robot yang dikenali sebagai Buttler Bots bagi membantu mereka melakukan tugas itu.

Tiga murid Sekolah Rantau Petronas, Kerteh di Kemaman itu bukan sahaja berjaya mencipta robot yang mampu menyedut habuk tetapi juga berkebolehan mengering dan mengilat kereta.

Salah seorang daripada murid tersebut, Danial Imran Azmi berkata, idea mencipta robot itu tercetus apabila dia sering merasa letih selepas membantu mencuci kereta jenis Honda CRV milik ibunya.

‘‘Kereta itu sangat besar, jadi saya merasa penat selepas mencuci kereta ibu,” katanya selepas diumumkan sebagai juara kategori terbuka Pertandingan Robotik Kebangsaan 2007 peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Sekolah Menengah Padang Negara di sini semalam.

Tiga pelajar itu menewaskan enam lagi kumpulan termasuk peserta sekolah menengah dalam pertandingan tersebut dan mereka membawa pulang sijil dan satu set Lego pendidikan.

Ciptaan ketiga-tiga itu akan memasuki pertandingan akhir Pertandingan Robotik Kebangsaan 2007 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu di sini selama empat hari bermula 15 Julai ini.

Danial berkata, dia mencipta Buttler Bots dengan bantuan dua rakannya, Ali Imran Kamarull Ariffin dan Mohd. Iqbal Mukhlis Hazami Zamri dan dibantu oleh guru penasihat, Adham Shari Aman.

Katanya, mereka bertiga yang berasal dari Kampung Baru, Kerteh itu merupakan kawan baik sejak daripada kecil, berpakat untuk mencipta robot yang terdiri daripada 50 peratus Lego pendidikan.

Beliau menambah, selain daripada lego pendidikan, mereka menggunakan barangan yang terpakai seperti sepan untuk mengilat dan fiber mikro untuk menyedut habuk.

“Dengan terciptanya robot ini, saya tidak perlu khuatir lagi apabila diminta oleh ibu untuk mencuci keretanya, bila-bila masa pun boleh,” katanya tersenyum.

Daniel berkata, bagi memasuki pertandingan akhir, mereka bertiga akan meningkatkan keupayaan Buttler Bots yang kini beroperasi secara manual kepada automatik sepenuhnya.

“Kami berharap Buttler Bots akan menjadi juara dalam peringkat akhir pertandingan ini nanti,” katanya.


UMP hasil kereta elektrik 2008

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) menjangka dapat menghasilkan prototaip kereta berkuasa elektrik menjelang September 2008.


Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Mohamed Said Mat Lela berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan oleh Edaran Otomobil Nasional (EON) Berhad kepada UMP di sini, semalam.

Katanya, fakulti itu sudah memulakan penyelidikan Motorized-Battery Operated Vehicle (MBOV) sejak April tahun ini.

"Walaupun kajian itu masih pada peringkat awal, segala pelan untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik sudah disiapkan," katanya.

Beliau berkata, penghasilan sesebuah kereta berkuasa elektrik perlu melalui proses yang panjang sebelum ia dapat diketengahkan untuk tujuan komersial.

Katanya, penyelidikan MBOV tepat dengan keperluan teknologi masa depan terutama dengan teknologi menuju ke arah teknologi kereta elektrik, kereta hybrid dan `fuel cell'.

"Langkah ini juga bertepatan dengan kenaikan harga petroleum dan keperluan mengurangkan pencemaran udara," katanya.

Sehubungan itu, katanya penyelidikan berkaitan tenaga alternatif turut membabitkan fakulti kejuruteraan mekanikal bagi menghasilkan enjin yang boleh menggunakan biodiesel dan kejuruteraan kimia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eon Berhad, Datuk Syed Hisham Syed Wazir berkata kerjasama pihaknya dengan UMP bukan sahaja untuk kebaikan kedua-dua pihak tetapi kepada keseluruhan industri automotif di negara ini.

Beliau berharap dengan wujudnya sinergi begitu, UMP dan EON dapat memperkaya atau mempelbagaikan penyelidikan yang inovatif.

"Dengan adanya sumbangan kereta Savvy ini, kami yakin penyelidikan MBOV boleh dipercepat dan hasilnya dapat disumbangkan kepada industri otomotif kita,” katanya.

"Saya yakin hasilnya bukan sahaja terhad kepada industri otomotif, malah teknologi ini akan dapat membantu kita mengurangkan potensi kemusnahan alam sekitar yang perlu dijaga," katanya.

Pada majlis itu, EON Berhad menyerahkan sebuah kenderaan model Savvy 1.2 kepada UMP bagi tujuan penyelidikan MBOV.

Pada 21 Februari lalu, FKEE berjaya melancarkan prototaip MBOV-1, sebuah kenderaan berkuasa elektrik.


SM cipta teknologi guna abu sekam padi
Oleh ROKIAH ABDULLAH

PULAU PINANG 20 Ogos – Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui kaedah terbaru untuk mengatasi masalah pencemaran asap berpunca daripada sektor perkilangan dan perindustrian di negara ini dengan menggunakan sisa abu sekam padi.

Kaedah pemprosesan terkini yang dikenali sebagai Rice Husk Ash-Based Sorben/Catalyst As A Novel Industrial Gas Cleaning Technology atau Penjerap Abu Sekam Padi itu ditemui oleh pasukan penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM yang terdiri daripada Dr. Lee Keat Teong, Prof. Madya Dr. Azlina Harun, Prof. Abdul Rahman Mohamed dan Irvan Dahlan.

Dr. Lee yang mengetuai penyelidikan itu berkata, kebanyakan sektor perkilangan dan industri di negara ini menggunakan penapis asap untuk menapis gas-gas berbahaya sebelum dilepaskan ke udara.

‘‘Bagaimanapun, sistem tersebut kadangkala tidak berupaya memastikan asap yang dikeluarkan adalah selamat dan bersih untuk alam sekitar atau manusia,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan kejayaan USM pada Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Industri Pengajian Tinggi Antarabangsa (Ekspo Pencipta 2007) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berlangsung dari 10 hingga 12 Ogos lalu.

Dalam ekspo yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan USM tersebut, universiti itu berjaya memenangi lima pingat emas, empat pingat perak, enam gangsa dan dua anugerah khas.

Teknologi penjerapan abu sekam padi memenangi pingat emas dan anugerah khas pada ekspo itu.

Dr. Lee berkata, menerusi kajian sejak 1997 itu pihaknya berjaya menemui satu proses berinovasi dengan hanya menggunakan abu daripada sekam padi yang dibakar.

Pelajar USM cipta enjin biodiesel pertama
30-08-2007

NIBONG TEBAL: Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan enjin motosikal biodiesel pertama negara yang dijangka mampu mencetuskan revolusi baru dalam industri permotoran.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM Prof Madya Dr Zaidi Mohd Ripin berkata projek pembangunan teknologi enjin motosikal biodiesel yang melibatkan dua fasa itu dijangka siap sepenuhnya pada 2009.

Beliau berkata tujuh pelajar pusat pengajian itu mendapat bimbingan daripada perunding Jabatan Kejuruteraan Mekanikal USM Dr Horizon Walker untuk mencipta enjin itu.

"Mereka baru selesai menjalani fasa pertama projek yang membabitkan pembangunan model prototaip enjin biodiesel.

"Jika berjalan lancar projek itu dijangka dapat menghasilkan model enjin motosikal biodiesel berkuasa tinggi dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi penggunaan enjin motosikal 'Modenas Jaguh Biodiesel' di Kampus Kejuruteraan USM, di sini, hari ini.

Beliau berkata berkata fasa pertama mengambil masa sembilan bulan untuk pengubahsuaian komponen enjin petrol motosikal Modenas Jaguh bagi membolehkan kenderaan itu berfungsi sepenuhnya menggunakan bahan api biodiesel.

"Mekanisme penting dalam fasa pertama ialah pengubahsuaian beberapa komponen enjin petrol motosikal termasuk kebuk pembakaran bagi membolehkan biodiesel dapat digunakan sepenuhnya sebagai bahan bakar," katanya.

Zaidi berkata kejayaan pada fasa pertama ini membuktikan enjin motosikal biodiesel boleh dihasilkan dan penemuan itu akan diteruskan pada fasa kedua dalam usaha menghasilkan enjin biodiesel yang lebih berkuasa tinggi.

"Apa yang membanggakan, projek itu mendapat sentuhan sepenuhnya daripada pelajar dengan bimbingan pakar dan semua kerja-kerja pengubahsuaian, reka bentuk dan penyelidikan dijalankan di makmal enjin USM," katanya.

Katanya untuk membangunkan projek itu USM telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan pengeluar enjin diesel terkemuka, Yanmar.

"Melalui kerjasama dari pihak industri, kami yakin projek itu mampu menjadi pemangkin kepada usaha untuk menghasilkan enjin motosikal biodiesel yang boleh digunakan secara meluas suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Walker berkata fasa kedua projek itu akan membabitkan proses mereka bentuk semula kebuk pembakaran selain penghasilan enjin diesel dua lejang bertujuan memaksimumkan pembakaran bahan api.

"Proses-proses (dalam fasa kedua) ini akan mengatasi kelemahan-kelemahan pada fasa pertama yang mana bahan api tidak dapat dibakar sepenuhnya sehingga menyebabkan enjin kurang berkuasa selain sukar dihidupkan," katanya


Pelajar UTeM cipta aplikasi mainan juruwang kanak-kanak
Oleh LUKMAN ISMAIL

MELAKA 8 Nov. – Dua pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di sini berjaya menghasilkan satu aplikasi permainan matematik untuk telefon mudah alih, dipercayai yang pertama seumpamanya di negara ini.

Mohamad Muaz Mohamed dan Hazmin Wardi, pelajar tahun empat kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif) telah menghasilkan permainan yang dinamakan ‘Kids Cashier’ (juruwang kanak-kanak).

Dekan FTMK, Profesor Dr. Mohd. Shahrin Shahib berkata, permainan tersebut berasaskan topik wang yang terdapat dalam kurikulum matematik peringkat sekolah rendah.

‘‘Melalui permainan ini, murid-murid dapat melengkapkan kemahiran mereka dalam operasi asas topik wang. Ia merupakan aplikasi hiburan permainan yang menarik dan menyeronokkan serta dapat dimainkan pada bila-bila masa, di mana sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dengan hasil ciptaan tersebut, kedua-dua pelajar itu telah memenangi tempat kedua pada Pertandingan Cabaran Kandungan Mudah Alih (MCC 2007) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Juara pertandingan itu disandang oleh pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak dan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Maxis bersama-sama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mohd. Shahrin berkata, di dalam aplikasi itu, pemain akan bermain menggunakan satu sen hingga RM100 dan permainan tersebut meliputi operasi asas tambah, tolak dan darab menggunakan wang.

Katanya, pemain akan bermain sebagai juruwang di kedai-kedai tersebut manakala tugas pemain adalah untuk memberikan baki yang betul kepada pelanggan dalam tempoh masa yang diberikan.

‘‘Pemain-pemain tidak akan mendapat soalan yang sama untuk diselesaikan kerana soalan-soalan dijana secara rawak untuk setiap kali cubaan yang dibuat oleh pemain.

‘‘Teknologi yang digunakan dalam permainan mudah-alih ini termasuk animasi dua dimensi dan teknik permainan pendidikan,” katanya.

Dalam membangunkan aplikasi tersebut, kedua-dua pelajar tersebut mendapat nasihat daripada pensyarah FTMK, Dr. Sazilah Salam.

----------------------------------------------------------------------------------

bagus inovasi pelajar2 tersebut -- kalau mainan ni dijual ini satu bentuk
pendidikan dan permainan; di sekolah pun boleh applykan permainan ni
dalam pelajaran maths dalam topic wang - god knows ramai kanak2 kita
masih perlu dalam kemahiran mathematics ni --

syabas kepada pelajar2 tersebut!! -


Penyelidik UiTM rangkul tiga pingat emas di Jerman

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Para penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya merangkul tiga pingat emas ketika menyertai pameran perdagangan antarabangsa (IENA) di Nuremberg, Jerman awal bulan ini.

Dua pingat itu diperoleh oleh para penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal diketuai oleh Muhammad Hussain Ismail.

Sebutir lagi pingat emas dimenangi pasukan dari Pusat Tanah Runtuh Negara (Nasec) UiTM yang diketuai oleh Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin.

UiTM dalam satu kenyataan memberitahu, kejayaan itu membuktikan keupayaan institusi tersebut dalam menghasilkan produk penyelidikan bertaraf antarabangsa.

‘‘Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (IRDC) UiTM akan terus berusaha untuk menjayakan misi bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

‘‘Usaha ini seterusnya akan meletakkan penyelidikan UiTM dalam peta dunia sejajar dengan hasrat UiTM untuk mencapai taraf universiti kelas dunia menjelang tahun 2020,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.

IENA berlangsung dari 1 hingga 4 November lalu membabitkan penyertaan dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, Korea Selatan, Croatia dan Hong Kong.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

tahniah penyelidik UiTM kerana mengharumkan nama negara di persada dunia
dengan penyelidikan bertaraf antarabangsa -


UTM tempa sejarah peringkat dunia


JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sekali lagi menempa sejarah pada peringkat antarabangsa apabila menggondol pingat emas dan anugerah khas pada Pameran Reka Cipta, Teknik Baru dan Produk Geneva kali ke-36, baru-baru ini.

Kejayaan itu dicatat menerusi ciptaan alat capaian tanpa wayar mudah alih jalur lebar (PBWA), yang dihasilkan Pusat Komunikasi Tanpa Wayar (WCC) Fakulti Kejuruteraan Elektrikal UTM.

Teknologi itu memenangi pingat emas berikutan kebolehannya menukarkan capaian spektrum generasi ketiga (3G) atau Perkhidmatan Radio Paket Am (GPRS) kepada WiFi.

Pengarah WCC, Profesor Dr Tharek Abd Rahman, berkata ciptaan yang mengambil masa setahun penyelidikan itu mempunyai ciri yang masih belum terdapat di pasaran.

Katanya, PBWA mempunyai perisian yang memastikan capaian Internet menjadi lebih efisien selain dapat dijadikan sebagai prabayar, iaitu pengguna boleh menetapkan had penggunaan ketika menggunakan internet.

" PBWA membolehkan pengguna melayari Internet sama ada menggunakan pembantu peribadi digital (PDA) atau komputer mudah alih di mana saja seperti ketika menaiki bas dan kereta api selagi berada dalam kawasan liputan 3G atau GPRS.

" Malah, alat ini juga sangat berguna jika ia digunakan di kawasan luar bandar atau kawasan yang tidak mempunyai kemudahan capaian internet," katanya berhubung kejayaan terbaru universiti itu di UTM, di sini, semalam.

Prof Tharek berkata, selain dapat digunakan seperti telefon mudah alih, PBWA juga boleh menggunakan sel solar di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Katanya, menerusi kejayaan penghasilan PBWA, pihaknya yakin ciptaan itu dapat meningkatkan penggunaan jalur lebar selain memudahkan pengguna menggunakan Internet melalui WiFi.

Selain memenangi pingat emas, PBWA juga menerima anugerah khas daripada Universiti Islam Azad Qazvin, Iran.

WCC juga berjaya meraih satu pingat perak menerusi ciptaan sistem tanpa wayar untuk capaian internet jalur lebarnya.

--- chaiyokk UTM...


10 Mei, 2008
10 Saintis Muda Bertanding Pada Pameran Sains Pra-kolej Terbesar Dunia

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seramai 10 saintis muda Malaysia akan menyertai pertandingan Pameran Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel (Intel ISEF) di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Sainstis muda itu yang semuanya berumur dalam lingkungan 18 tahun akan berlepas ke negara itu esok untuk bertanding selama enam hari bermula Ahad ini bersama-sama 1,557 rakan mereka dari lebih 50 negara.

Tahun ini, saintis muda itu akan mempamerkan rekaan inovatif yang berpotensi menangani isu yang telah menyukarkan saintis bertahun-tahun.

Pengurus Negara Intel di Malaysia Ryaz Patel berkata saintis muda itu adalah antara pereka cipta yang akan mempamerkan rekaannya dalam cara alternatif untuk membangunkan bekalan elektrik dan rawatan pilihan untuk ulser perut dan gout.

" Sejak tahun 2000, sembilan rakyat Malaysia telah memenangi anugerah Intel itu. Tahun ini, saya harap saintis muda ini akan menjadi kebanggaan Malaysia. Intel telah memperuntukkan biasiswa dan anugerah untuk 18 kategori mengenai sains kehidupan bernilai sehingga AS$4 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis untuk meraikan pemergian mereka itu.

"Kriteria kita untuk memilih peserta Malaysia adalah yang digunakan oleh Intel di seluruh dunia dengan keperluan tambahan yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)," kata Patel.

Pengurus Program Pelajaran Intel Malaysia Dr Siek Kah Hee berkata pemenang ini akan menerima anugerah A$15,000 dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang dipilih tetapi mereka tidak terikat dengan kontrak apabila pengajiannya tamat.

Sementara itu, Ketua pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata beliau yakin dengan kemampuan bakal saintis itu untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan ini yang menjadi kebanggaan kepada rakan muda mereka.

Antara reka cipta yang paling menarik ialah 'Bekalan Tenaga Elektrik Alternatif Menggunakan Sel Air Laut Elektrokimia' yang dicipta pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah, Abner Luther P. Kerangkas, Hafizam Mahat dan Ahmad Uzair Zubbir.

Dua lagi rekaan reka cipta yang menarik ialah rawatan ulser perut oleh pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Seremban, Negeri Sembilan dan gout oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, di sini.

Eugene Kuan dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Pulau Pinang dengan ciptaan 'The Betternet: A Better Internet" yang mampu mengawal data universal dan pengurusan serta menyediakan cara-cara kandungan data yang tidak disengajakan dalam Internet.


Ooi Yuan Ning pula mempamerkan Sistem Bahasa Isyarat (SLS) yang lebih prihatin dan penyayang yang dapat membantu masyarakat bisu dan pekak mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang awam.

Ciptaan lain ialah Sistem Brek Dram Hibrid Elektromagnetik oleh Syed Mohd Esmat Hussaini Syed Mohd Ridzuan.

-- BERNAMA

Menitis air mata...

Thursday, March 5, 2009

Penerbangan Malaysia

Sepanjang pengalaman aku naik kapal terbang, aku suka dan cenderung tengok gelagat pramugari,pramugara dan pilot yang cantik, segak dan hensem. huhu..hidung mancung, mata besaq, and body peeewwwittt. Bukan aku suka sangat orang yang begini, tapi aku cuba melihat sesuatu di sebalik perkerja di profesion ini. ....eh..bukan aku bercita-cita nak jadi pramugarilah..teruskan membaca.
Mengikut pengalaman, aku pernah berhadapan dengan pramugari yang baik sangat...dia layan orang tua yang tak tau cakap B.M or B.I, dia bersungguh-sungguh cakap Mandarin eventhough tak berapa fasih.. wei ingat mudah ka? orang Cina pun belum tentu pandai bercakap bahasa ibudnda depa, inikan pula pramugari bukan Cina. Lagi pun masa tu flight aku K.K-KL, so orang Sabah mostly pandai cakap B.C. Pramugari tu memanglah pakai kebaya ketat, nampak macam kuno je...dengan sanggul dia macam makcik-makcik..hehe. =)
Then aku pun pernah kena perli dengan pramugari uniform merah. Time tu ngantuk, pastu aku nak tidoq la... mau-mau ja dia kata kat aku " ala buat-buat tido la pulak, tak nak beli la tu". eeehhhh...apa ke hal nya, suka hati aku lah nak beli ka tak nak, duit gaji ko tu pun aku yang bayar. Kalau murah tak pa juga...ni mencekik je.
Then, the latest pengalaman aku adalah berkenaan stewardess yang "beauty without the brain"...huhu. Aku dah la rasa tertipu dia bagi kat aku "chicken ham sandwich", padahal aku minta "tuna cheese sandwich". Dia jawab dengan muka berlagak, "ooo...cik kami tak da la tuna, nasi lemak pun dah habis" Pastu boleh pulak dia tanya aku nak minuman ke tak? aku pun dengan mood tak berapa nak baik, pun berkata
"ooo, kamu tak ada mug ke, pakai polistrene je? I'm sorry to say this, because base on research polistrene contains carcinogenic substance. So that it can trigger to cancer."... haha,nganga dia...... aku berjaya membelagakkan diri. huuuu...aku pun anggap halal ja. telan...tawakkal ja.

Saturday, February 21, 2009

Kisah Abang Pang dan Aku


Aku memang angin satu badan dengan tragedi ni. Tak kan korang tak tau aku ni jarang marah, tapi sekali marah, aku boleh ...........menangis sendiri, sebab rasa diri dah kalah.isk..isk.. aku nak balik 27hb ni ..arrrrghh, kakak aku kahwin, aku rindu anak-anak sedara aku and aku nak jumpa kakak aku yang lebih dua tahun dia tak balik. Tau dak????kalau aku tak balik tunggu lima tahun lagi, entah aku sempat ke tidak jumpa dia. Kalau umur panjang lagi....kalau umur pendek macam mana?(doakan aku umur panjang ok). Midterm pulak nak buat time tu. weiiii...sabaq ja lah. no midterm, no final exam beb...
Sini aku aplikasikan kemahiran membina soalan TT00503 Penilaian Dalam Pendidikan. Susahlah lecturer yang sorang ni, very strict...and bias???
  1. Apakah pilihan yang aku ada? isk..isk

A. Merayu kat Vincent aku nak amik midterm before or after aku balik ums.
B. Tukar tiket ke 28hb-kesian kat ayah aku nak p amik aku.
C. Beli tiket lain dengan harga RM 238.50-habis duit aku...huhu..
D. Upah seseorang duduki midterm aku- ala....mana dia tau.
E. Tiada satu pun di atas.

Jawapan : C

Aras : Tiada dalam Taksonomi Bloom...Taksonomi After pun tak da.

Reason : A? tak blehhh, dia tak bagi...dan dia kata " itu bukan reason yang saya boleh terima".
B? tak blehhhhhh tukar sebab "promo ticket"...burn saja lagi boleh la.
D? Lagilah tak bolehhhhhh- buat perkara tak jujur, Allah tau..risiko kena tangkap.
E? Tak logik, setiap masalah kena ada penyelesaian...

# Tak palah aku redha, duit boleh cari...tapi ketenangan hati tak siapa pun boleh bagi.

p/s: Aku akan jadi pengapit...so aku akan jadi lebih glamour dari kakak aku time sampai kat rumah tu time tetamu duk tengah hhmakan nasik...ewah, orang sambut aku dengan kompang nanti cemana???

Saturday, February 7, 2009

Rancangan Realiti

Teringat kembali kala menonton video audition nyanyian progran realiti TV. hehe...ntah aku tak tau nak kata camne, tapi ada gak yang berkata

"sebelum diorang pergi uji bakat, ada cermin diri dulu ke belum?"

Macam kasar bunyinya kan?...untuk pengetahuan korang, aku pun terfikir benda yang sama ketika aku jadi urusetia ujibakat satu program realiti nyanyian ni. huhu...kadang-kadang ada yang ketawa sinis, belum lagi nyanyi sebaris lagu dah juri ucap terima kasih. Pulak tu yang nyanyi sedap kena tolak jugak sebab tak ada pakej. Tak lawa, hitam, gemuk dah tu nampak dressing macam miskin. Ada yang muka macam pak cik, mak cik, umur dekat 40 tahun pun teringin nak bertanding. Lainlah lawa macam Aida Radzwill, macho macam Amy Search. Korang marah ke??? Ayat-ayat aku kasar ye?..nanti dulu, begitulah realiti di Malaysia.

Siri Muhasabah Diri

aku tak nak la nak menipu..tapi aku ngaku aku orang yang kurang ilmu. Tapi part ni aku suka sebab boleh kasi brainwash ini otak... usrah? ya aku ikut usrah masa 24 januari. Come on la beb...maybe itu kata-kata orang yang tau aku ikut usrah ni. Pada aku ada dua jenis je..yang positif dan yang negatif!

Wednesday, January 21, 2009

Today Hot Stuff

Amazing Lady's Jewellery

SET 1

Bracelet & Nacklace

White = Pearl (Mutiara air tawar dari Filipina)

Light Blue = Swarovski Crystal (Import dari Austria)

Saiz orang dewasa sahaja.




Testing


Soon my blog will be transfered into wordpress.com...see u there insyaAllah

Thursday, January 15, 2009

Rindunya aku...

Bangun pagi seperti biasa, tak rasa ngantuk even semalam tidur jam 2 pagi. Inilah gara-gara tengok video klip 'Hurt' dan 'I Turn To You'- nyanyian Auntie Christina Aguilera bukan Christina Ligadu atau Chrispina Gregory K. Kahn. =)...Terasa rindu aku kat famili di sana. Mak, ayah dan abang tinggal bertiga ja kat rumah. Siapalah yang tolong tengok-tengokkan kesihatan mak, then tarikh kena pergi klinik bulan Februari pula. Kalau ayah balik Taiping 3 ke 4 hari baru balik. Kesian kat mak, mak hanya bertemankan abang yang Down Syndrome tu. Pernah mak tertidur, tapi terlupa tutup api dapur yang sedang panaskan sup. Lastly, Kak Munirah yang aware..huhu marah juga dia. Tapi apa boleh buat,makin berumur mak aku sorang tu. Sekarang Kak Munirah dah sambung study balik, tak ada sesiapa lagi kat rumah temankan mak. Kami bertujuh berada di kejauhan dari rumah.

"Ya Allah semoga ibu dan bapa ku berada di bawah payung rahmatMu, dan selamatkanlah mereka daripada menjadi ahli neraka jahannam,amin..."

Sebagai anak kita tak boleh bersikap 'menjual ikan'- ermm..hehe jangan selfish la beb. Setelah kemahuan kita selalunya dipenuhi ibu bapa, kita tak patut memikirkan tentang diri sahaja, mesti sesekali dan kerapkalinya memikirkan tentang orang lain juga. Tambahan pula orang yang banyak berkorban dan berjasa kepada kita. Ibuku adalah seorang yang tabah dan gigih dalam perjalanan hidupnya, banyak bersabar dengan suami dan karenah anak-anak. Walaupun beliau bersekolah setakat darjah enam disebabkan kesempitan hidup, beliau adalah seorang yang cerdik serba serbi. Aku berbangga mempunyai ibu seperti beliau, kalaulah dia tahu betapa aku mengkaguminya.

Alasan jangan diberikan demi kepentingan diri. Cuba fikirkan pendapat ibu sebelum memutuskan sesuatu. Tak kan direstui oleh Allah jika ia tidak direstui oleh ibubapa. Bercakap dengan nada tinggi dan 'menyombong' adalah yang paling menjengkelkan. Walaupun kamu sangat pandai atau lulusan universiti, ingatlah siapa kamu suatu masa dulu, siapa pendidikmu dan siapa mengajar kamu satu, dua, tiga dan A, B, C. Nasihat ini aku tujukan kepada rakan-rakan di luar sana, adik-beradikku dan diriku sendiri... ok, aku nak contact mak then sambung tidur dulu. assalamualaikum semua. PEACE!!!

p/s; Aiii...jangan asyik mengeluh saja dalam hidup ni. Life must goes on ok!.

Tuesday, January 13, 2009

Motivasi

Aku : aa..pada pendapat saya..
Dr. Ling: Bukan pendapat kamu..
Rakan-rakan: hahahah...huhu

eh..silap ka?hehe...aku tersenyum malu, sekali dia tanya aku apa yang aku faham pasal kedua-dua teori yang dia display kat slide tu...kan dah kena gelak.
Mengikut teori Maslow, peringkat fisiologi belum dicapai adalah disebabkan ciri-ciri udara, tidur, makan dan tidur tidak dipenuhi.
Ketidakfokusan menjadi fenomena kabur bilamana dialami oleh aku dan beberapa rakan.
"Tu rr kan kita LM tu mengajar, ni dah tak dak mood nak masuk belajar dalam kuliah"..
Tapi aku pulak kena bersedia this semester untuk naikkan pointer. Takutnya aku dengan final sem ni. Ok kita sama-sama berjuang lagi! PASTU JADI CIKGU....berkorban untuk membina bangsa Malaysia.

Saturday, January 10, 2009

Jalan licin, jangan naik moto laju...

hehe...berdebar-debar aku kalau menunggang motosikal. Hangpa tau kan aku ni cepat fobia, aku kecut perut kalau bonceng motosikal dengan 'kaki rempit', serius ni..aku tak memain. Aku baru dapat lesen L, maknanya latihan. Selaku seseorang yang baru menjalani kelas KPP di Pusat Latihan Memandu di Bukit Minyak, Pulau Pinang, aku bukan sahaja mengamalkan cara-cara penunggangan berhemat, malah menyeru semua rakan-rakanku untuk berbuat demikian. Come on guys...

Lain rasanya pendapat orang yang telah lama bermotosikal, kerana terdapat pembonceng dan beginner macam aku yang tidak memikirkan seperti apa yang kamu fikir. Aku 'ketaq' lutut time kamu 'lap' kat selekoh, pulak tu bertambah 'ketaq' kalau jalan raya licin. Tau tak kenapa?, macam nak jatuh je aku rasa, so sorry banyak-banyaklah kalau aku tertolak jalan tu dengan kaki supaya motosikal tu naik sikit.hehe.. jangan marah. Aku tau mungkin tindakan aku boleh sebabkan kita jatuh, tapi kamu tak payahlah bawa laju-laju, dan janganlah 'lap'. Kita naik moto pelan-pelan la ok kalau kat selekoh...macam orang baru belajar gitu. =) peace

Dengarkan lagu asli Cerita JPJ dari arwah Pak Ku Shadat di http://www.youtube.com/watch?v=DN-pu8O7jmM, aku bagi lirik sekali untuk dikau hayati. Beliau adalah penghibur tanah air yang amat popular satu ketika dulu, tetapi hidup dalam kedaifan lalu dihantar ke rumah kebajikan. Al-Fatihah...

Tahun 1977 mula la ada
Siapa naik moto kena pakai topi keladar
Tak kira Melayu, Siam, Cina dan India
Masa belaga moto tak boleh pecah kapala

Topi keladar nak jaga lah kepala
Jangan silap mata dia tetap lah belaga
Tak patah tangan dia patahlah paha
Lama dok lama tak boleh buat keja

Rakyat negeri kena ikutlah perintah
Orang megheling dia sangatlah bantah
Dia tak mau pakai topi dan kepiah
Kerajaan nak hukum sangatlah susah

Disambungnya pulak tali pinggang kereta
Tahun 79 dia kuat kuasa
Bila naik keta kena tambat di dada
Masa keta belaga tidak jadi bahaya

Tali pinggang kereta yang sangatnya kukuh
Masa keta belaga tak bolehnya jatuh
Drebar kena jaga bersungguhnya sungguh
Keta boleh lari tak lebih 80

Undang-undang keta moto masing-masinglah jaga
Kalau tak salah tak bolehlah belaga
Mestilah cepat kaki tangan dan mata
Barulah jauh dari bahya jalan raya

Bawak moto keta kenalah cermat
Barang di hadapan bolehlah lihat
Apa yang dilintas jauh dan dekat
Kenalah lekas pijak brek dengan cepat

Di jalan raya JPJ kuatkuasa
Tak boleh lari laju lebih punya meter
Bila dia tahan disaman diperiksa
Mahkamah jatuh hukum kena bayar la denda

Malaikat maut menunggu di tepinya batas
Dia nak tangkap siapa lari deras
Tak kira moto lori dan bas
Bila sudah dapat dia tetapnya hempas

Bawa keta moto mengikut undang-undang
Kenalah melihat hadapan dan belakang
Barulah boleh kita menyimpang
Yang mana lesen L janganlah kita tumpang

Lesen L itu makna latihan
Dia pula lari tak tentu arahan
Kadang terkadang jalan orang dia makan
Sebabnya itu tak bolehlah bawa kawan

Segala hantu-hantu menunggu di jalan
Siang dan malam dok minta nak makan
Tak kira laki-laki tak kira perempuan
Setia hari ada banyak kematian

Road tax cukai jalan jangan lupa lansung
Bila polis periksa lesen kena gantung
Jadi sekarang itu tak boleh siapa tolong
Kita juga rugi tak dak satu untung

Ditinggal topi keladar tak bawa bimbit
Jika kawan pinjam lansung tak boleh balik
Nak beli lain kerana tak cukup duit
Bila polis periksa tentulah kita sakit

Lesen yang confirm selalulah belaga
Kerana dia lari deras tak sangka
Undang-undang jalan raya selalu dia lupa
Bila accident terus ke batu dua


p/s : Sila nyanyi lagu ini menggunakan dialek utara...jangan drive laju-laju, itu faktor utama kemalangan tau. Aku sayang pada kamu...


List barang dapur =)

rrr..serbuk kari dua kilo, eh..soqi terbaca surat dari mak, dia pesan suh pi kedai.hehe.. tu lah reaksi Nabil Raja Lawak 2 bila dia nak baca surat cinta monyet.best oo, korang tengoklah kat youtube.

Eh masak ke kat kolej?, itu pertanyaan beberapa rakan aku bila cakap pasal memasak. Macam ni ceritanya, aku dan roomate bosan duk makan makanan yang 'tak ada perasaan, tapi mahal ketika membelinya' di kolej AB, tak berbaloi lansung beb. Thats why aku makan sekali ja satu hari, pulak disalah faham oleh beberapa rakan aku yang aku ni terlampau berjimat. Aku tak suka makanan yang ditappau dalam polistrene becoz bukan ke ada kajian yang mendapati risiko kanser adalah tinggi kalau kita makan makanan dalam polistrene. Mau tak mau baik kami masak. Lagipun sewaktu aku di Kolej Kingfisher lagi aku bersama ex-roomates suka memasak. Tak da la pandai masak, tapi setakat goreng telur, sup dan masak nasi sape-sape pun boleh buat. Janji kenyang...gua tak kisahlah beb. Aku pun bukan seorang penggemar fastfood and junkfood. Boleh kira setahun aku makan berapa kali. "Save la duit kalau kapel ngan dia ni, kata sorang mamat coursemate aku". Engko cakap begitu, sebab engko kaya, heran pe aku.., aku rasa awek engko suka kat duit engko je, eh silap duit mak bapak engko. Kan engko tahu aku kaki bisness, takkan pasal makanan pun nak jimat, ingat gue tak de duit ke?... Kebanyakannya fastfood United State punya mari, so aku cuba untuk boikot la sekutu Israel tu.

Ikut plan esok baru aku nak pi pasar beli barang, tapi kerana terlalu kecewa dengan makanan yang aku hadap tengah hari tadi, terus aku ngan roomate keluar pi Pasaraya Servay kat Likas. Ayam goreng tak de isi, sayur pulak aku ingat kerabu mangga, sekali sayur timun je diracik-racik, masuk asam limau. Gelilah tekak aku nak telan. Ya aku akui aku agak cerewet bab makanan, bukan aku tak bersyukur tapi kamu sampai hati ke bagi makan orang yang kamu sayang dengan makanan yang dia tak suka. uih...takkanlah tukang masak 'tender kafe' tu sayang kat aku, dia sayang duit untung dia adalah. Lagipun kenapa perlu terima sahaja, jika kamu ada pilihan lain?. Aku pun biasa berkhemah dalam hutan, makan nasi dengan sardin je, kadang-kadang makan roti tapi itu bukan hari-hari.

So, apa groceries aku beli tadi?

  1. Roti Gardenia 2.70
  2. Tepung goreng adabi 3.30
  3. Garam Beriodin 0.65
  4. Beras cap anggur 13.50
  5. Sayur Kailan 1.59
  6. Bawang putih 0.25
  7. Bawang besar 0.58
  8. Teh Boh 1.15
  9. Lady's Choice 10.20
  10. Kicap Kipas Udang 2.69
  11. Life sos 2.95
  12. Minyak Vesawit 3.65
  13. Sardin 2x 2.38
  14. Towel dapur 2.90
  15. Telur Nutriplus 3.70
total RM52.16

p/s : sorilah Amal tersilap kira pulak tadi, sorang RM26.49 je kira-kira for 1 week. Makan 2x sehari, berbaloi beb.

Friday, January 9, 2009

ATTITUDE to get 100%?

Ermm..aku bangun solat subuh walaupun dengan pergerakan aku yang slow down ni. Aku tak mahu lagi jadi "minah loy", macam kata roomate aku. Selama ini, kerap kali aku terlajak Subuh, tertinggal dan meninggalkan. Lambang seorang muslim yang tak sejati, aku menyedari hakikat ini. Semua itu adalah kelemahan dan kegagalan aku menolak hasutan syaitan iblis durjana.Maka ini adalah salah satu azam 1430 aku dan untuk selamanya. Apa azam aku tahun ini?...ooo aku ada satu azam yang terbesar iaitu mengubah ATTITUDE aku. Aku meminjam kata seorang lecturer SPPS, En. Khairuddin Abdullah iaitu seorang muallaf, bilamana jika anda mahu mendapat yang 100%, ubah ATTITUDE anda. ATTITUDE jika diterjemahkan ke dalam angka adalah

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+ 9+20+21+4+5 = 100

Terlalu banyak kelemahan yang aku sendiri sedari, Alhamdulillah Allah s.w.t sayang padaku. Senang cerita aku memang jahil dalam pelbagai perkara samaada ilmu dunia atau akhirat. Dalam pada itu, perubahan aku juga tidak konsisten dan istiqamah. Mudah terpengaruh lagi dengan rakan-rakan yang lalai. Sepatutnya aku yang mengajak mereka ke arah kebaikan, tapi sebaliknya. So, aku dengan lebih berhati-hati, mencari yang terbaik untuk diriku. Pada masa yang sama aku tidak akan sekali-kali menyakiti atau menyindir rakan-rakan dengan cara lama mereka. Aku mesti faham, mereka masih tiada kesedaran seperti aku. Inilah yang selalu aku terkilan dengan segelintir 'orang alim' yang merasa diri mereka adalah yang terbaik, terlalu sempurna dan lebih baik dari orang lain. Bukan aku hendak prejudis, tapi kalau kamu itu tidak ikhlas terhadap ketakwaan kamu dan keikhlasan kamu tiada untuk hendak 'menolong' manusia yang lain, termasuk yang belum Islam, baik jangan kamu berlagak alim dan itu adalah hipokrit yang paling buruk pernah aku lihat.

Ada seorang jiran kenalan aku, bertudung labuh, nampak baik, tapi dialah juga 'internet bergerak', pendengki dan penyebar keburukan orang. Kerap meminjam barangan dari dapur jiran sebelah dan perangai yang bermuka-muka. Tak kurang juga ada speceis serupa dia yang bersikap riak dengan pelbagai kurniaan Allah s.w.t yang tak akan kekal pun di dunia ini. Teringat aku dengan seorang rakan kuliah dari kalangan speceis yang sama, kerap bergaduh dengan rakan-rakan lain. Ini yang membuat aku sedih kerana imej dia yang 'sopan' itu terlalu obvious dan too much!!! Tolonglah sedar, tiada orang akan respect pada orang begini, boleh jalan da...tapi aku tetap doakan engkau insaf dan bertaubat. Aku 'respect' dengan cara roomate aku yang berhikmah dalam menyampaikan kebaikan. Selain kami berasal dari daerah yang sama, nombor matriks kami pun dekat aje, kira orang kampung aku la dia ni...aku sangat berharap selama aku berkenalan dengan dia dan berkongsi bilik yang sama agar kami saling hormat dan memahami antara satu sama lain. Aku takut juga kalau ada perkara perselisihan faham atau berkecil hati. Ini antara perkara aku paling tak suka dalam dunia, dan aku akan sedaya upaya elakkan. Hidup ini sekejap aje...janganlah mencari musuh, kerana mungkin sewaktu kita susah, pertolongan itu mungkin hanya musuh kita yang dapat beri.

Berbalik kepada ATTITUDE, aku cuba melihat dalam konteks mutu kerja dan rutin seharian yang aku laksanakan. Kerja bertangguh dan bersikap 'sekejap rrr'...dan 'tak apa' menjadi amalan yang tidak sihat. Apasalahnya jika aku membuat kerja dikala terluang dan kerja itu biarlah yang berkualiti. Aku sungguh suka memerhatikan kawan sekuliah aku yang begitu komited dengan seremeh-remeh rutinnya. Walaupun beliau adalah seorang anak yang Disleksia, kesunggguhan dan komitmennya dalam melaksanakan sesuatu melayakkan beliau memperolehi pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan. Selain itu beliau mempunyai karekter berkepimpinan, kemas, sistematik, lantang bersuara, optimis, tidak mudah berkecil hati, tidak hipokrit, ceria, suka menolong kawan, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Tidak hairanlah memang ramai orang yang mahu rapat dengan beliau. Aku bersyukur kerana aku ikhlas berkawan dengannya dan juga sebaliknya. Setelah sekian lama, barulah aku menyedari keistimewaannya ini.

p/s; Cuba sibukkan diri aku dengan perkara yang berfaedah, mengatur rutin dan komitmen kerja dengan sistematik, dan berfikir untuk menjadi lebih baik adalah tekad aku yang terkandung dalam perubahan ATTITUDE. Yeah....revolution.

Thursday, January 8, 2009

Kecewa tapi jangan putus asa.!!!

Hari ni aku bangun lewat sangat..jam 12 tengah hari. Tengok Amal (Roomate aku ni bersemangat nak pergi kelas). Aku seakan tak ada mood lansung nak teruskan pengajian. Mungkin aku cuba nafikan apa yang berlaku. Macam kecewa ja aku ni..kenapa ya?...dan untuk pengetahuan hangpa semua, aku memang kecewa yang amat sangat. Dalam masa yang sama, aku tak mau perbesarkan hal ni sebab nanti akan melibatkan banyak pihak. Ada pihak yang akan mempertahankan keputusannya sebab kenyataannya sememangnya dialah yang berkuasa menentukan gred LM aku.

Aku memang cuba untuk memujuk diri sendiri, agar lupakan yang telah lalu. "Aku tak dapat mengubah masa lepas, tapi dapat mengubah masa depanku menjadi lebih baik". Keputusan Latihan Mengajar aku memang C , TERSENTAP JANTUNG AKU !, masa check kat Sistem Maklumat Pelajar. Menangis ja aku dalam hati, teruk sangat ka aku dalam mengajar?. Sekali pun teruk, ada kawan-kawan aku kata C tu macam gred untuk orang yang tak ada buat apa-apa pun masa mengajar. Padahal, Lesson Plan aku DR. tut..... cakap ok. Siap komen kata aku ada skill menerangkan sesuatu pada students. ABM pun ada,ada potensi jadi guru lah...tapi cuma dia tak setuju aku guna Teori Konstruktivisme dalam menyampaikan ilmu. Nampak membosankan dan pelajar tidak faham. Nampak cam aku duk relaks saja. Kan aku fasilitator saja, aku round-round lah group discussion, dan lepas tu diorang present. Pelajar berbincang dan cari jawapan dari buku. Tapi macam tu lah yang disuruh oleh Guru Pembimbing aku. Dia nak aku buat macam mana ni? Dia kata aku tak kreatif. Aku tak mau buat games dalam kelas sebab bising, dan ada pelajar yang tak suka main games coz kata mereka banyak buang masa, mereka sendiri yang kata suka kepada aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan buat kuiz. Belajar biologi kena banyak membaca dan faham, bukan asyik nak suruh pelajar menghafal ja. GAMES hanya akan sesuai pada sesetengah topik sahaja. Lecturer pun manusia biasa, mereka pun bengap juga. So, AKU TAK NAK SALAHKAN Dr. tut...juga, lantak dialah.

Ok lah aku terima keputusan ini seadanya. Aku juga terkilan dengan sikap lecturer ni sebab sindir aku dengan mengatakan aku sibuk dengan boyfriend. Hello...aku belum pun berboyfriend.Padahal satu hari lecturer tu datang, waktu tu dia nampak aku tengah halang "boyfriend" tu dari serang "girlfriend" dia yang curang, aku cuba tahan lelaki tu dari masuk ke bilik guru. Malah dia cuba taburkan gambar-gambar lucah sewaktu mereka "bersama" di hotel-hotel mewah, yang dapat malu nanti semua guru praktikal UMS, bukan pompuan tu sorang. Tapi aku silap dalam hal ni, dan aku belajar untuk jangan sesekali buat baik pada orang yang sepatutnya wajar untuk dapat pengajarannya..biarlah dia malu sekali, baru dia akan berhenti.Padan muka aku... NAUZUBILLAH... kan..kan.. aku dah geram lalu menaipnya...Keputusan dia buat berdasarkan faktor-faktor lain, memanglah aku hangin satu badan.. dan aku benci terlibat dengan orang yang pembawa celaka("pompuan tak tahu malu") itu. Aku maafkan, tapi aku tak kan lupa. Dia lansung tak rasa bersalah, malah mak bapak dia juga yang call aku nangis, patah hati dengan anak mereka yang dah "ter" dan sebagainya. Aku boleh buat apa?bukan aku yang pecahkan rahsia tu. So aku rasa aku orang paling bodoh sebab nice kat orang macam tu. Doa orang yang dizalimi, selalunya dimakbulkan Allah s.w.t.

Hanya mak dan kakak aku ja yang tahu cita-cita aku sebenarnya adalah guru, sebab kata mereka guru ni selalunya orang yang suka berceramah, peramah, motivated, suka bagi nasihat dan sukakan politik serta patriotik. So, aku tak akan berputus asa walaupun aku kecewa dengan apa yang berlaku. Semua orang yang sayang padaku, tolong doakan kejayaan aku dan semoga aku dapat menjadi insan yang patuh pada agama juga negara dan bergelar "Guru Berkualiti, Pemangkin Kecemerlangan Pelajar".

p/s ; Kepada rakan-rakan yang mengetahui kisah LM aku yang memalukan ini, aku mohon janganlah kamu menceritakan dan mendedahkan individu yang terlibat dalam kisah aku kepada oang lain. Aku hanya mahu ia jadi teladan dan aku mahu kamu berhati-hati dengan segelintir. manusia. Mungkin dia akan insaf satu hari nanti, jagalah amanahku ini...terima kasih.