aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Tuesday, April 27, 2010

Keikhlasan dan Kesabaran...Jangan Hidup Tanpa Cinta

Mengapa anda perlu putuskan hubungan cinta dengan si dia jika masing- masing masih lagi saling memerlukan!?

“Anda miliki alasan anda sendiri, si dia juga miliki alasan sendiri…”

Lumrah kehidupan sememangnya menjanjikan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Kadang- kadang anda dan si dia “OK” dan sometimes “KO”. Setiap pasangan akan lalui detik- detik manis dan pahit masing- masing. Apa yang penting adalah di setiap perhubungan cinta mestilah ikhlas dan sabar.. Saya tegaskan disini, “Ikhlas dan sabar”.

Sebenarnya hubungan cinta anda masih lagi boleh diselamatkan..

Hubungan cinta dibina untuk kebahagian.. Maka mengapa harus putus jika masih boleh diselamatkan..

Tiada hubungan cinta yang tidak dapat diselamatkan melainkan tidak wujud keikhlasan dan kesabaran di dalam hubungan tersebut. Hari ini musnahnya sesebuah perhubungan kerana tiada keikhlasan.. Hari ini hancurnya sesebuah hubungan kerana tiada kesabaran..

Kedua- dua anda perlu ikhlas dan sabar.. Jika salah seorang daripada anda sahaja yang ikhlas dan sabar maka lebih baik putus! “Both of you are not meant to be”. Mungkin anda sahaja yang ikhlas dan sabar di dalam perhubungan cinta. Usah risau, selagi ada kemampuan cari saja pengganti.. Biar hilang kekasih tetapi jangan hilang Cinta!

Jika keikhlasan dan kesabaran anda yakin sudah ada di dalam perhubungan cinta dengan pasangan anda, jadi mengapa perlu putus! Renungkan…

Salam Cinta dan Kejayaan,

oleh A.Fahd

Friday, April 23, 2010

Things to be done...nape mesti post?

So that aku xtercicir lagi list ni. Boleh refer kat sini,and kome pun boleh ingatkan aku buat keja, ni sebahagian dari ibadah kan... pasni aku nak amalkan 'no work bring to home'.Yang pasti kena mantap dulu weh kat ofis. Kena wat pe ek?

1. Kemas kini Fail Meja- Penting ni untuk Temuduga SPP
2. print notes, n Edit notes untuk kuliah yg kena ajaq dlm Sem 1.
3. Siapkan Jotter Book-kalo suh student buat, cikgu kena buat dulu.
4. Kemaskan kubikal, buh tikaq getah,bior student rajin datang, bersemangat tgk tempat cikgu n senang aku nak lepak2 makan nasik,tidoq etc..kubikalku syurgaku hehe
5. Cari info n idea cemana nak urus kumpulan LDK aku n nak jd mentor yang boleh jd teladan.
6. Email sume lecturer unit Bio 1st meeting sem 1 nnt. kemaskan fail unit (kena refer TKU/ KU baru, buat 33 copies laporan latest perjumpaan aritu.
7. Buat buku LOG KONSULTASI PELAJAR. bek buat dlm bentuk a4, ni ada standardised x???
8. RPH- taipkan n reflect balik ape yg lepas.apa yg betul n silap aku dlm PNP..
9. Nak update n upgrade blog, buat bisness gak aku nih..eheh..daftar dgn Nuffnang..bla..bla..
10.Cari branch DXN kat S.P atau Kuantan. Nak beli mesin air la..jenama DXN AQUAZEON.RM1880 (bukan ahli). Nak start balik jadi businesswomen.
11.Urus pembayaran balik PakatTungguPakatTungguNganga (PTPTN)
12.Refer En. Imran cemna aku nak buat pemotongan insuran melalui Gaji bulanan.huhu RM150 ni/month.
13. R n D...huhu part ni aku kena BERTEKAD CEMERLANG sikit, find out more about Kajian Tindakan sbb kita kena 'run'next sem. mampos..
14. Packing barang naak bw balik Kuantan, periuk cap buaya, buku Solomon etc.
15. Buat List pembayaran seperti berikut...

1. Sewa rumah n utilities
2. Minyak Keta
3. Program KUTU
4. PTPTN
5. ASB
6. Insuran PRUDENTIAL
7. Simpan Beli Keta
8. Belanja Makan
9. Parents
10. SAVING (duit tabung-cenderung diguna untuk joli)

P/S Duit boleh cari, kebahagiaan bukan semua orang boleh bagi. Namun ada duit kadang2 boleh buat kita rasa bahagia...ye x?tapi itu usaha masing2, anda buat anda dapat.akhir kata, pandai-pandailah nak hidup.

Thursday, April 22, 2010

Keikhlasan dan Kesabaran...Jangan hidup tanpanya...

Pernahkah kamu dilanda masalah yang amat menyakitkan dan kamu terasa seperti hendak menangis?...kalau ya, apa yang kamu hendak dan perlu buat? sebab rasa kecewa, patah hati, rasa rendah diri dan tidak berguna melanda jiwa yang hampa.
First things kamu menangislah...(mungkin menangis saja dalam hati, it's ok. Adakah kamu nak terus menangisi perkara tersebut selamanya?apa faedah yang kamu dapat?
Mengikut pengalaman saya terdapat rakan-rakan saya yang mengalami penderaan mental dan fizikal sejak kecil lagi, tapi dia menjadi semakin 'kuat' apabila menningkat dewasa. Dia belajar menjadi matang dari setiap pengalaman beliau, saudara-mara dan masyarakat disekelilingnya.

Wednesday, April 14, 2010

Rahsia Cinta

People say that if you love someone you should let them go, but they never say what to do when they don't come back.


"Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu."


"Sayangilah diri sendiri, sebelum ingin disayangi orang lain, berilah sayang tanpa meminta balasan, jika ingin menerima kasih sayang dari orang lain. Buangkan perasaan benci dan sentiasa memaafkan sesiapa saja. Jauhkan saja dirimu jika kau tak dapat menahan perasaan apabila bersemuka dengannya"

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

*dipetik dr akhbar Harian Metro 14 April 2010