aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Friday, January 9, 2009

ATTITUDE to get 100%?

Ermm..aku bangun solat subuh walaupun dengan pergerakan aku yang slow down ni. Aku tak mahu lagi jadi "minah loy", macam kata roomate aku. Selama ini, kerap kali aku terlajak Subuh, tertinggal dan meninggalkan. Lambang seorang muslim yang tak sejati, aku menyedari hakikat ini. Semua itu adalah kelemahan dan kegagalan aku menolak hasutan syaitan iblis durjana.Maka ini adalah salah satu azam 1430 aku dan untuk selamanya. Apa azam aku tahun ini?...ooo aku ada satu azam yang terbesar iaitu mengubah ATTITUDE aku. Aku meminjam kata seorang lecturer SPPS, En. Khairuddin Abdullah iaitu seorang muallaf, bilamana jika anda mahu mendapat yang 100%, ubah ATTITUDE anda. ATTITUDE jika diterjemahkan ke dalam angka adalah

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+ 9+20+21+4+5 = 100

Terlalu banyak kelemahan yang aku sendiri sedari, Alhamdulillah Allah s.w.t sayang padaku. Senang cerita aku memang jahil dalam pelbagai perkara samaada ilmu dunia atau akhirat. Dalam pada itu, perubahan aku juga tidak konsisten dan istiqamah. Mudah terpengaruh lagi dengan rakan-rakan yang lalai. Sepatutnya aku yang mengajak mereka ke arah kebaikan, tapi sebaliknya. So, aku dengan lebih berhati-hati, mencari yang terbaik untuk diriku. Pada masa yang sama aku tidak akan sekali-kali menyakiti atau menyindir rakan-rakan dengan cara lama mereka. Aku mesti faham, mereka masih tiada kesedaran seperti aku. Inilah yang selalu aku terkilan dengan segelintir 'orang alim' yang merasa diri mereka adalah yang terbaik, terlalu sempurna dan lebih baik dari orang lain. Bukan aku hendak prejudis, tapi kalau kamu itu tidak ikhlas terhadap ketakwaan kamu dan keikhlasan kamu tiada untuk hendak 'menolong' manusia yang lain, termasuk yang belum Islam, baik jangan kamu berlagak alim dan itu adalah hipokrit yang paling buruk pernah aku lihat.

Ada seorang jiran kenalan aku, bertudung labuh, nampak baik, tapi dialah juga 'internet bergerak', pendengki dan penyebar keburukan orang. Kerap meminjam barangan dari dapur jiran sebelah dan perangai yang bermuka-muka. Tak kurang juga ada speceis serupa dia yang bersikap riak dengan pelbagai kurniaan Allah s.w.t yang tak akan kekal pun di dunia ini. Teringat aku dengan seorang rakan kuliah dari kalangan speceis yang sama, kerap bergaduh dengan rakan-rakan lain. Ini yang membuat aku sedih kerana imej dia yang 'sopan' itu terlalu obvious dan too much!!! Tolonglah sedar, tiada orang akan respect pada orang begini, boleh jalan da...tapi aku tetap doakan engkau insaf dan bertaubat. Aku 'respect' dengan cara roomate aku yang berhikmah dalam menyampaikan kebaikan. Selain kami berasal dari daerah yang sama, nombor matriks kami pun dekat aje, kira orang kampung aku la dia ni...aku sangat berharap selama aku berkenalan dengan dia dan berkongsi bilik yang sama agar kami saling hormat dan memahami antara satu sama lain. Aku takut juga kalau ada perkara perselisihan faham atau berkecil hati. Ini antara perkara aku paling tak suka dalam dunia, dan aku akan sedaya upaya elakkan. Hidup ini sekejap aje...janganlah mencari musuh, kerana mungkin sewaktu kita susah, pertolongan itu mungkin hanya musuh kita yang dapat beri.

Berbalik kepada ATTITUDE, aku cuba melihat dalam konteks mutu kerja dan rutin seharian yang aku laksanakan. Kerja bertangguh dan bersikap 'sekejap rrr'...dan 'tak apa' menjadi amalan yang tidak sihat. Apasalahnya jika aku membuat kerja dikala terluang dan kerja itu biarlah yang berkualiti. Aku sungguh suka memerhatikan kawan sekuliah aku yang begitu komited dengan seremeh-remeh rutinnya. Walaupun beliau adalah seorang anak yang Disleksia, kesunggguhan dan komitmennya dalam melaksanakan sesuatu melayakkan beliau memperolehi pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan. Selain itu beliau mempunyai karekter berkepimpinan, kemas, sistematik, lantang bersuara, optimis, tidak mudah berkecil hati, tidak hipokrit, ceria, suka menolong kawan, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Tidak hairanlah memang ramai orang yang mahu rapat dengan beliau. Aku bersyukur kerana aku ikhlas berkawan dengannya dan juga sebaliknya. Setelah sekian lama, barulah aku menyedari keistimewaannya ini.

p/s; Cuba sibukkan diri aku dengan perkara yang berfaedah, mengatur rutin dan komitmen kerja dengan sistematik, dan berfikir untuk menjadi lebih baik adalah tekad aku yang terkandung dalam perubahan ATTITUDE. Yeah....revolution.