aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Wednesday, January 13, 2010

Gaji Pertama



Assalamualaikum...well sekarang aku dah jadi kakitangan dan kepala kerajaan.Memang ada banyak kelebihan bila jadi kakitangan kerajaan, tapi AWAS anda tetap tertakluk dengan beberapa syarat,undang-undang dan akta. Kenapa,tak percaya ke? Apa yang mahu aku coretkan dalam post ini bukanlah mengenai penjawatan awam...huhu sebab ia agak membosankan dan mungkin ambil masa yang panjang. Nanti kalau bukan anda, saya yang tertidur.Woi2x bangun...

Ok, begini ceritanya aku sudah menerima e-mail jadual pembayaran gaji bagi tahun 2010. Bab ni semua orang happy, sampai lama bebenor membeleknya. Menjelang hujung Januari ini, ya setelah bermulanya semester kedua pelajar matrikulasi. Setelah aku meng'handle' kelas pengajaran yang pertama sendirian pada 25hb ini, bayaran gaji oleh pihak matrikulasi bulan Januari akan dikreditkan ke dalam akaun. Aku agak keberatan untuk berbincang mengenai hal ini kerana niat aku bekerja adalah ikhlas. Yang lain biarlah Allah yang tentukan.

Apa yang aku mahu ingatkan rakan-rakan dan diriku sendiri adalah RANCANG KEWANGAN ANDA. Gaji pertama bagi profesion yang diidamkan sangat bermakna bagi aku. Ya, aku pernah berdikari menjana kewangan sendiri sebelum ini di kilang Jabil Circuit, menjalankan printing servis di universiti, menjadi baby sitter, menjadi agen MLM, menjual top-up, membuka gerai air di karnival oej, menjadi ajk Akademi Fantasia (musim 6), juga yang terakhir bekerja di kilang Western Digital Penang. Tapi itu semua aku lakukan atas alasan mencari duit lebih,itu aku kira bukan gaji pertama. So kalau tak de yang lebih time tu tak dapatlah aku bagi kat parents aku. Sedih gak, sebab umur aku dah makin meningkat, begitu juga umur parents aku. Fuhhh..sekarang mak aku bolehlah keluarkan kalkulator, sila kira pendapatan bulan ni..hehe, xdelah just kidding. Wang bukan segalanya, tapi perhatian yang dapat kita berikan kepada mereka. Tapi tidakkah jika kita memerlukan wang, kita akan terpaksa bekerja lalu perhatian pun kurang dapat diberikan? Berbaktilah sementara hayat mereka masih ada. Kalau tak mereka, kita yang 'jalan' dulu.

Uruskanlah kewangan kita dengan bijak, dengan memberi keutamaan kepada bayaran sewa rumah, kenderaan, utiliti, belanja makan minum, dan hutang lain contohnya PTPTN(jka ada). Kemudian jika masih ada duit tu janganlah membazir, lagi baik disimpan dalam bank (contohnya melabur dalam ASB atau tabung haji)untuk kecemasan, membeli insuran, dan untuk bayaran yang mungkin tak dijangka pada bulan tersebut. Well, you work hard, then you play hard, belanjakan juga wang gaji anda untuk pergi bercuti, berhibur atau sedekah kepada orang-orang yang memerlukan (contohnya saudara mara anda yang susah atau uzur). Bantulah mereka membaiki taraf hidup mereka. Mungkin itu akan memberikan lebih kepuasan dalam sisi diari hidup anda. Tapi jangan hangpa lupa ambil tahu tentang kos-kos tersembunyi dalam urusan seharian contohnya charge penggunaan kad kredit, parking, tol, masuk public toilet and what so ever lah. Akhir kata pandai-pandailah nak hidup...babai