aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Tuesday, August 30, 2011

Pengajaran Bermakna SYAWAL kali ini

1. Aku takkan boros lagi menempah kuih raya sana sini, homemade cookies yg mahal dari rakan2 sekerja tapi xde la sedap sgt. Dah 2 tahun aku beli sbb nak jaga hati org. Tahun ni aje RM350, kuih muih yg ditempah. Alih2 kuih2 kat umah aku xabis pun, mcm xbersentuh. Sebaliknya yg laku ialah bihun sup, kuey teow tom yam dll.

2. Persiapkan duit raya lebih awal, yg ni kena menabung utk duit raya mak ayah, adik beradik dan anak2 sedara. Anak2 sepupu dan kanak2 yg datang bertandang. Kang bg sikit cam xbest lak, ye lah orang tu kan dah byk menolong kita. Walaupun, kita bayar itu ini time dia tlg kita, tetapi bg sy budi baik xterbalas dgn wang ringgit. Budi xkan diingati berbanding Wang ringgit yg kita beri untuk menolong kita. lagipun kan adik beradik. Lebih baik kita ajar anak2 kita tentang ini.

3. Elakkan pembaziran seperti belanja org tak tentu pasal, makan makanan merapu-rapu (junkfood). Lebih elok jika kita buat makan besar mcm kenduri camtu agar dpt mengeratkan silaturrahim sesama adik beradik dan saudara mara.

4. Bangun awal untuk solat subuh dan make sure masa untuk solat sunat aidilfitri yg diumumkan dikenalpasti betul2. JGN TERSILAP - ini bagi mengelakkan anda terlepas masa untuk solat.

Wednesday, August 24, 2011

BAGAIMANA orang malas nak melawan sikap malasnya?


Jika asyik memikirkan tentang kemalasan, tentu sekali kita akan semakin tension. Lebih berat lagi kalau kita merasa lebih 'kalah' dengan sikap buruk sendiri. Maka berdoalah dan berusaha untuk menghindari dari penyakit KEMALASAN. Nescaya, kita yang selalu malas akan rugi banyak perkara. Orang malas selalu memberi alasan bermacam2 disebabkan perkara atau kerja yang tidak diselesaikan. Saya sendiri telah melalui fasa KEMALASAN yang amat sangat. Saya tahu perasaan seseorang seperti itu. Hanya diri saya sendiri yang dapat mengatasi sifat MALAS ini dengan bantuan dari Allah s.w.t. Kemudian saya buat research tentang 'THE LAZYNESS' ini.

Antara doa yang boleh dijadikan amalan untuk kite ialah ayat dalam Al-Mathurat


Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan
gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelernahan
dan KEMALASAN, dan aku berlindung padaMu dari sikap
pengecutdan bakhil dan aku beriindung pada-Mu dari
cengkaman hutang dan penindasan orang.(3X)

Zaman sekarang orang lebih rajin berfoya-foya..
dan lebih MALAS untuk mengingati Allah
penyakit ini menjadi sebati dengan remaja masa kini yang bakal memimpin negara pada suatu hari nanti..
bayangkan andai kate remaja masa kini masih bersikap MALAS..
maka negara yang akan diperintah nanti juga dalam keadaan MALAS..
apakah yang akan terjadi pada negara kita nanti?

Bila ada sikap MALAS..
ia merupakan salah satu keruntuhan akhlak bagi tamadun ini..
Sesungguhnya tamadun sesuatu umat itu bermula dengan ada akhlak,
sekiranya akhlak itu hilang nescaye akan runtuh tamadun itu..

Kenapa sifat MALAS ini sangat penting untuk diperbincangkan?
Ini adalah kerana :

1.MALAS adalah sifat orang munafik
(golongan munafik adalah golongan yang akan berada di dasar neraka di akhirat kelak)
2.Nabi sentiasa mendoakan kita supaya tidak menjadi orang MALAS
3.MALAS ini sikap yang berbahaya ada pada semua orang
Kisah sifat orang MALAS zaman Rasulullah:

Pada zaman Rasulullah tidak ada orang bersifat MALAS kecuali bagi orang munafik..
Rasulullah pernah melihat seorang munafik..solat di akhir waktu..
Nabi berkata 3X.."itulah contoh orang munafik"
Bagaimana?
solat nak cepat2(macam ayam patuk dedak) tiada thoma'ninah dan solat di akhir waktu..

Rasulullah masuk ke dalam Masjid Nabawi..
Rasulullah ternampak tali terbentang di dalam nye..
Lalu Rasulullah bertanye "Ini tali ape?"
Sahabat menjawab:"Ini adalah tali Zainab isterimu ya Rasulullah..
apabila Zainab berasa lemah dalam beribadah..Zainab akan bergantung pada tali ini."
Lalu Rasulullah berkata: "Leraikanlah tali ini..solatlah dalam keadaan rajin."

Allah memuji para malaikat sebab tidak ada sifat MALAS..
para malaikat sentiasa bertasbih pada Allah siang dan malam tanpa rasa MALAS..
Allah memuji manusia yang sentiasa mengingati Allah tanpa rasa MALAS

Perkongsian dari Tanyalah Ustaz
Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM

di petik dari http://hafizatunnur.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

Dengan itu KUNCI KEJAYAAN menghalang sikap MALAS ialah dengan tidak memikirkan KEMALASAN itu, sakit jiwa tau x. Sebaliknya kita mesti menumpukan fikiran dan fokus kepada kerja sampai habis. Lepas habis dah semua kerja tu, nak BERMALAS2 dengan senang hati pun boleh. yeeehaaa...



Thursday, August 11, 2011

11 RAMADHAN = 11 AUGUST

Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah masyarat beragama islam telah melalui bulan ramadhan hingga hari ke 11. Insyaalah, semoga setiap yang mengaku muslim mempertingkatkan amalan masing2 disebabkan bulan ini pahala akan dilipatgandakan oleh Allah s.w.t.