aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Friday, October 21, 2011

The 20th Moist Chocklate Cake i've made

     Tunggu kek sejuk dulu, nanti baru bleh 'topping' kan dgn lapisan coklat...saya dah muak makan kek coklat saya buat sendiri. Buat jamu orang makan ajew saya suka lah...Sesiapa yg nak bela;jar, ni saya bagi resepi. Selamat Mencuba!


Kek Coklat Kukus 8.30
Kiriman: Kamisah M. Z.
Sumber: Kawan Internet
Hits: 12834 Rating: 8.30 Review: 0


Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara:
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .
Cadangan Hidangan:
Hidang dng teh panas waktu minum petang.
Tambahan:
Cubalah,pasti ingin membuat lagi..... mesti dapat sambutan. sumber dari wwwm.mesra.net

Sunday, October 16, 2011

HOBI mencuba kemahiran baru

1. Membuat origami
2. Bersenam aerobik
3. Bermain badminton
4. Mencantikkan diri ...haha ni kena rajin sebenarnya
5. Menaip post dalam blog ini
6. Memasak makanan2 gerai
7. Membuat kek dan pastri
8. Membuat 'home made' cokelat
9. Menanam pokok2 yang menghijau
10. Bermain gitar

Semua telah dicuba , sekarang saya memerlukan MASA dan sikap ISTIQAMAH...
Ya Allah, Ya Tuhanku..aku mengharapkan rahmat dari MU. Amin...

F.O.C.U.S

"Finish One Course Until Succesfull"..ya itu dia salah satu prinsip hidup saya sekarang. Walaupun ia agak berbaur bahasa 'English', eh memang english pun kan. Supaya semuanya perkara atau course itu menjadi berkualiti dan dapat diselesaikan dengan baik sempurna. Sekarang saya menetapkan target jika hendak melaksanakan sesuatu perkara dengan jayanya dan istiqamah ('constintacy is very important") kata orang putih. Ok ? Bermula dari sekarang saya menetapkan untuk BERAZAM:
 1. Berusaha menunaikan solat di awal waktu.
 2. Membaca majalah National Geographic (1 topik/ 1 hari)..xkiralah dalam keta atau semasa  tonton TV. Membaca Al-Quran mmg saya amalkan, except time menstruation  phase...itu xperlu risau ok.
 3. Menulis blog, at least one post setiap minggu, tentang apa yg saya pelajari tentang kehidupan dan orang sekeliling.
 4. Belajar main gitar (esok saya nak gi beli gitar...yehaa.Lari budget saya bulan ni). Nak buat lagu Cinta Muka Buku Lima hehe
 5. Tak nak tangguh keja..bermula dari sekarang kena plan P&P pelajar. Nak organize balik  pendekatan untuk pelajar Cemerlang, Sederhana dan Lemah.
 7. Nak mencantikkan diri saya, sy ni cikgu yg xpandai make up. At least saya akan attract lagi students sy utk belajar. Seriously, i'm telling you that its really2 works. Thats why i'll use those products for 1:  my hair (i'm wearing hijab ok), my face, my skin and eventhough my health.

Sunday, October 9, 2011

20 Masalah yg Sering Timbul dalam Rumah tangga

Salam , semoga kita renung kembali suasana dalam rumah tangga kita :

1. Tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga.
2. mempunyai tabiat yang tidak disukai oleh pasangan.
3. tidak dapat mewujudkan perhubungan yang mesra.
4. campurtangan keluarga asal masing2 dalam pengurusan rumahtangga.
5. merasa terkongkong, tiada kebebasan dan sukar utk menyesuaikan diri dgn keadaan baru.
6. beban kewangan yg bertambah dan tiada persetujuan tentang cara perbelanjaan dan penggunaan kewangan.
7. cara komunikasi dn kesefahaman yg tidak berkesan.
8. tidak cuba memahami masalah yg dihadapi.
9. cara penyelesaian yg berbeza dn tidak berkesan.
10. tidak ada peningkatan kemajuan dan perubahan diri.
11. mempunyai masalah seksual dan tidak mendapat kepuasan seks.
12. tidak dpt bekerjasama dgn pasangan krn perbezaan latar belakang keluarga serta taraf pendidikan
13. tidak memberi keutamaan kpd keluarga sendiri sebaliknya memberi tumpuan kepada perhubungan luar.
14. cara pendidian anak yg berbeza.
15. tidak mahu memujuk dan mengambil hati pasangan jika merajuk.
16. mengikut sahaja semua kehendak pasangan.
17. melakukan penyelewangan, kecurangan dan maksiat.
18. perbezaan pendapat mengenai pandangan hidup dan nilai2 murni.
19. gangguan dan pengaruh luar seperti jiran dan rakan2.
20. tidak mempunyai sifat keimanan yg seharusnya dan tidak mengetahui ajaran agama yg sebenarnya.

20 Cara-cara mengatasi Krisis Rumahtangga.

Salam. ingin saya berkongsi dengan anda semua tips untuk mengatasi Krisis Rumahtangga dari JAIP. Saya dapat ini semasa mengikuti kursus perkahwinan temph hari. Semoga dapat kita memahami dan mengamalkannya.

Untuk Si Suami :

1. Tunaikan tanggungjawab dan peranan sebenar kepada isteri.
2. layanlah isteri dengan baik dan lemah lembut.
3. hindarkan kritikan, sindiran, ugutan dan kekerasan terhadap isteri.
4. berikan pujian dan penghargaan
5. kerapkan bekerjasama dgn isteri utk memajukan dan meningkatkan rumahtangga
6. bawalah berbincang dgn isteri jika mempunyai masalah walaupun masalah itu kecil.
7. berikan isteri perasaan aman, teniteram, selesa dan selamat.
8. mamahami perubahan hati nurani isteri seperti sedih, kecewa dan sebagainya.
9. tingkatkanlah hubungan seksual agar isteri mendapat kepuasan yang diharapkan.
10. jangan membohongi isteri kerana isteri akan merasa dipermainkan jika mengetahu dirinya dibohongi.

Untuk Si Isteri :

1. Hayati erti cinta dan kasih sayang yg sebenarnya.
2. kenalpasti keperluan suami dan berusaha untuk memenuhinya.
3. berikan pujian dan penghargaan tanpa meminta anda disanjungi dan dihargai.
4. buangkan sifat cemburu buta.
5. jangan menggunakan kritikan, serangan dan ugutan jika ingin mengubah sikap suami.
6. hilangkan perarasaan bangga diri dan sombong.
7. layanlah suami dengan penuh kasih sayang.
8. tingglkan pergantungan kepada ibu bapa dan suamilah tempat anda mengadu sekarang ini.
9. rajinlah berbincang bersama suami anda cara-cara untuk mendidik anda dengan sempurna.
10. berdoalah agar sentiasa berada dalam kesabaran dan keimanan.

Sekian.. iedalova

Saturday, October 1, 2011

Pelajar sekarang perlukan bimbingan, bukan sekadar galakan

Shah (bukan nama sebenar) seringkali dimarahi oleh gurunya, Cik Ieda kerana malas dan pencapaiannya sangat mendukacitakan. Bagaimanakah dia mahu berdepan dengan gurunya setiap kali kelas Biologi bermula?Perasaanya terasa sangat berat untuk melangkah kaki masuk ke kelas Biologi tersebut. Dia tidak pernah menyalahkan gurunya itu, tetapi dalam masa yang sama dia amat merendah diri jika gurunya berkata sesuatu tentang sikapnya. Shah juga menyalahkan dirinya sendiri yang disangka memang dilahirkan tidak pandai subjek Biologi dan tidak minat dengan subjek tersebut. Cik Ieda pula merasa tertekan dengan pelbagai jenis ragam pelajar, sementelah beliau mesti memastikan pencapaian seramai 78 orang pelajar yang mengambil subjek Biologi di bawah kelas tutorial seliaannya adalah mencapai ETR (Expected Target Value) dan menyumbang kepada KPI sebanyak 25% pelajar yang mendapat A bagi subjek Biologi. Situasi mereka sangat tertekan, disebabkan harapandan keadaan meletakkan sesuatu aras untuk mereka capai. Shah belajar dan Cik Ieda mengajarnya di salah sebuah Matrikulasi K.P.M.

Tuesday, August 30, 2011

Pengajaran Bermakna SYAWAL kali ini

1. Aku takkan boros lagi menempah kuih raya sana sini, homemade cookies yg mahal dari rakan2 sekerja tapi xde la sedap sgt. Dah 2 tahun aku beli sbb nak jaga hati org. Tahun ni aje RM350, kuih muih yg ditempah. Alih2 kuih2 kat umah aku xabis pun, mcm xbersentuh. Sebaliknya yg laku ialah bihun sup, kuey teow tom yam dll.

2. Persiapkan duit raya lebih awal, yg ni kena menabung utk duit raya mak ayah, adik beradik dan anak2 sedara. Anak2 sepupu dan kanak2 yg datang bertandang. Kang bg sikit cam xbest lak, ye lah orang tu kan dah byk menolong kita. Walaupun, kita bayar itu ini time dia tlg kita, tetapi bg sy budi baik xterbalas dgn wang ringgit. Budi xkan diingati berbanding Wang ringgit yg kita beri untuk menolong kita. lagipun kan adik beradik. Lebih baik kita ajar anak2 kita tentang ini.

3. Elakkan pembaziran seperti belanja org tak tentu pasal, makan makanan merapu-rapu (junkfood). Lebih elok jika kita buat makan besar mcm kenduri camtu agar dpt mengeratkan silaturrahim sesama adik beradik dan saudara mara.

4. Bangun awal untuk solat subuh dan make sure masa untuk solat sunat aidilfitri yg diumumkan dikenalpasti betul2. JGN TERSILAP - ini bagi mengelakkan anda terlepas masa untuk solat.