aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Saturday, October 1, 2011

Pelajar sekarang perlukan bimbingan, bukan sekadar galakan

Shah (bukan nama sebenar) seringkali dimarahi oleh gurunya, Cik Ieda kerana malas dan pencapaiannya sangat mendukacitakan. Bagaimanakah dia mahu berdepan dengan gurunya setiap kali kelas Biologi bermula?Perasaanya terasa sangat berat untuk melangkah kaki masuk ke kelas Biologi tersebut. Dia tidak pernah menyalahkan gurunya itu, tetapi dalam masa yang sama dia amat merendah diri jika gurunya berkata sesuatu tentang sikapnya. Shah juga menyalahkan dirinya sendiri yang disangka memang dilahirkan tidak pandai subjek Biologi dan tidak minat dengan subjek tersebut. Cik Ieda pula merasa tertekan dengan pelbagai jenis ragam pelajar, sementelah beliau mesti memastikan pencapaian seramai 78 orang pelajar yang mengambil subjek Biologi di bawah kelas tutorial seliaannya adalah mencapai ETR (Expected Target Value) dan menyumbang kepada KPI sebanyak 25% pelajar yang mendapat A bagi subjek Biologi. Situasi mereka sangat tertekan, disebabkan harapandan keadaan meletakkan sesuatu aras untuk mereka capai. Shah belajar dan Cik Ieda mengajarnya di salah sebuah Matrikulasi K.P.M.