aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Sunday, September 2, 2012

- KERANA MULUT BADAN BINASA -

Assalamualaikum semua pembaca... bertemu lagi dalam nukilan seterusnya.  Apa yang hendak ditulis di sini adalah dari pengalaman aku sendiri. Kebodohan akan terserlah apabila MULUT adalah lebih laju berbanding akal,minda, hati dan prinsip. Apa yang kita puas sangat dengan menyakitkan hati orang lain? W/pun dia ternyata bersalah dan berbuat jahat pada kita. Jadi tolonglah kawal yerr. Ibarat pepatah - KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA- Adakah kita pernah belajar sesuatu dari pengalaman sebelumnya???Berapa ramai yang amat kecewa, terguris hati dan menyimpan dendam dengan kata2 kita?
       Disebabkan pengalaman alam percintaan aku rasakan paling tragis, kerana ada orang sanggup bunuh diri dan membunuh orang lain akibat cinta tidak berbalas. Jadi ingin aku coretkan di sini bagaimanakah kita mahu menghargai kehadiran seseorang sebelum dia melangkah pergi dari kita. 
     Bermula dengan pengalaman pertama aku first time  'berkapel' secara rasmi semasa mula keluar dari suasana sekolah menengah. Beliau ialah seorang anggota tentera darat... Z namanya =) sweetkan..pada waktu itu aku dapat rasakan keikhlasan seorang jejaka. Walaupun kami jauh, tapi proses percintaan berjalan dengan lancar selama 2 tahun. 'Give & Take' berlaku dengan baik walaupun kami jauh terpisah dengan Laut China Selatan. Jarak umur kami juga berbeza sebanyak 4 tahun. Kami ada berjumpa hanya sekali dalam tempoh 2 tahun dengan bertemankan seorang kakak ku di dalam perjalanan pulang ke semenanjung. Jalan-jalan di K.L. Siap amik gambar dan print pelekat di dinding lagi. Ha...aku dah buat orang jatuh cinta padakuku, sehinggalah dia ajak aku berkahwin. Usiaku hanya 20 tahun waktu itu,, tak sanggup aku berkahwin kerana belum bersedia. Dia sudah pun memberitahu keluarganya mengenaiku dan sempat pula mengajarku memasak rendang di saat2 aidilfitri. Gambarku yang ayu selalu ku hantar untuk pengubat rindu, dan aku selalu nyanyikan lagu 'take me to your heart' - by MLTR untuk dia. Sakarang aku merasakan amat menyesal membuat dosa sedemikian. Makin lama aku makin sibuk dengan tugasan dan study,, aku makin mengabaikan dia. Pernah sekali dia mengatakan aku seperti ingin menjauhkan diri  dan meninggalkan dirinya.Tiada lagi panggilan telefon dan ayat-ayat manjaku. Aku yang amat panas hati waktu itu dituduh sebegitu rupa, apa lagi mulalah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hatinya yang sensitif itu. Biasalah siapa boleh tahankan kalau dituduh bukan-bukan. Kenapa tak tanya elok2 tentang keadaanku di sana?..Sepanjang kisah percintaan itu juga kami selalu bertukar-tukar hadiah. Pelbagai jenis hadiah yang aku minta darinya, dan pelbagai hadiah juga aku akan pos kepadanya. Memang aku menghargai barang2 pemberiannya, tapi betul aku tidak merasai untuk menerima lamarannya. Dia penuh kesusahan demi membuktikan cintanya padaku. Tapi aku tak hargai sangat pun. Menudu diia yang bukan2, cakap ikut sedap mulut. dan komunikasi level mmg teruklah. Nampak aje aku ni pendiam, tapi kata2ku amat menusuk kalbunya. Saat kami tidak lagi berhubung aku telah mengirimkan kasut futsal impiannya bewarna silver dan beserta surat aku menulis kekecewaanku dan lebih menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi. Seolah-olah aku tiada salah lansung. Kesedihanku tidak lama dan tidak sangat berbekas di hati. Dek asyik menumpukan perhatian terhadap kehidupan dan laluan hidup di universiti, aku tak de masa lagi nak fikir pasal dia. Ramai lelaki yang ingin berkawan denganku sepanjang pengajian ku di universiti. Tetapi aku buat tak endah jerr..bukan kerana bosan dengan percintaan sebelum itu, tetapi aku lebih education & enjoy life oriented waktu tu. Tak nak fikir pening2 kepala dengan pakwe2. Bermula dengan N, secret admire , B, Ayee dan juga Z.A. Waktu itu juga aku telah terima sms dari seseorang yang bernama Mazlan Muhammad Yaacob. Semua aku telah reject, tetapi Mazlan itu seorang yang aku simpan nombor telefonya 014-.........bukan apa, dia yang satu2nya yang aku dapat merasakan dia baik, ikhlas dan jujur. Tenang apabila berbalas sms bersamanya. Tetapi itu tidak membatalkan prinsipku untuk tidak berkapel dan menumpukan kepada study yang makin lama makin mencabar. Jadi aku menolak dia waktu itu dengan baik. Entah alasaan apa yang telah ku berikan. Yang pasti kami telah berhenti bersms serta merta. Bukan itu sahaja aku mempunyai pelbagai masalah peribadi, diri yang tidak bijak dan bodoh, keluarga, jati diri, rakan yang sentiasa bersabar denganku, masalah nafsu, masalah dengan Allah dan juga bersama rakan serumah. Semua orang lelaki yang cuba menawanku akan ku keluarkan kata2 terus terang an sinis kepada mereka. Lelaki ini ada pelbagai cara untuk menawan wanita, tetapi jika wanita yang mudah untuk mereka dapat itu selalunya akan mereka tinggalkan dengan cepat. Tiada banyak halangan, disebabkan itu apabila jumpa 'yang' lebih bagus lagi mereka akan beralih arah. Kesimpulannya pelajaran yang aku mesti ambil dari  kisah percintaan aku dengan Z ialah

 1. Jika sedang MARAH : JAGA MULUT- Jangan laju mulut dengan mengeluarkan kata2 sinis dan menyakitkan orang lain...Ini adalah kelemahan yang paling ketara bagi diri.Alhamdulillah sekarang aku sudah dpt mengawalnya. Semoga ia istiqamah.
 2. Jika excited MELAMPAU : Jangan sewenang-wenang memberikan gambar kpd bukan mahram
 3. Jika terasa BAHAGIA : Jangan menjanjikan impian yg berlebih-lebihan- sbb mungkin kita akan mengecewakan seseorang jika semua itu tidak akan berlaku. Atau kita sendiri yang akan kecewa...Cukup jika mengucapkan terima kasih. 
"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Apa yang aku suka sewaktu ber'kapel' dengan Z ialah

1. aku adalah seorang pasangan yang PEMURAH : Mungkin sebab itu juga dia sangat sayang padaku. Tidak lokek untuk mengambil hatinya.
2. aku juga seorang yang MANJA & MENGGODA : sebab itu aku memnyalahgunakan nikmat ini dengan menyanyi untuknya - w/pun waktu itu aku tau perbuatan itu adalah haram dan berdosa. -percayalah aku amat menyesal untuk yg satu ini.
3. juga seorang yg PENYAYANG : sbb selalu bertanya khabar dan mengambil berat keadaannya.

Percayalah kami sebenarnya berpisah atas dasar tidak dapat tahan dengan kata2 jahat mulut- mulut aku lah yang paling ketara di sini. Juga aku yg tidak meluangkan masa ku lagi padanya.. sekeras-keras lelaki, tetapi part utk bermanja-manja ini mmg tak boleh di tahan atau hilang dr mereka. Kalau tak nahaslah ditinggalkan sebab mereka telah merasa bosan. Ramai lagi wanita di luar sana yg lebih cantik, pandai mengambil hati dan menggoda. Jadi kita wanita yg bermaruah tolong simpan lebih byk semua ini untuk suami sendiri ok.Terangkan kpd dia prinsip kita dgn berlemah lembut.

Sekian...jumpa di kisah sambungan seterusnya