aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Sunday, July 22, 2012

Pengalaman adalah GURU terbaik dalam hidup *_^

Sedar tak sedar sudah 5  bulan berlalu aku telah melepasi satu saat dalam hidup yang amat pedih dan mengecewakan. Bukan aku tak pernah mengalami saat kecewa dalam hidup...banyak kali...tetapi yang ini adalah yang paling berat sekali. Aku sangat tertekan dan dalam keadaan kesunyian dan bersendirian. Sedih, rasa tidak berguna, tidak bertenaga, lesu dan rasa kehilangan yang teramat, rasa nak menyendiri jauh dari orang lain, AMAT TERSEKSA DENGAN AZAB ini. Sakitnya jiwa ini, tidak terluah..hanya mimpi ngeri yang aku alami setiap pagi sejak bulan februari itu lagi. Diriku sudah terbiasa dengan pelbagai masalah, tapi aku cekal dan mengharungi cabaran dengan tenang. Mahu tidak mahu aku kena lalui jugakan??, tapi parut yang tinggal di hatiku ini teramat dalam. Di sini aku ingin tegaskan pada diriku sendiri agar ''belajarlah sesuatu daripada kesilapan'', berhati-hati dan berjaga-jagalah dalam setiap TUTUR KATA dan juga TINDAKAN. Jangan ulangi kesilapan yang sama dan melupakan pelajaran yang Allah s.w.t telah bagi pada diri kita. Tahukah kita, diri kita sebenarnya BERTUAH??. Kenapa kita tidak bersyukur??? ya betul !dan aku dapat mengharungi waktu yang sukar itu. Betullah kata pepatah Inggeris : ''TIME HEALS MOST EVERYTHING'' ^_^. Jadi apa yang DO & DON'T dalam hidup ini dalam mengharungi masalah dan cabaran?

1. ''FIX it to be BETTER'' :
Cuba sedaya upaya &  bersungguh-sungguh memperbetulkannya ! Jangan GIVE UP terlalu awal. Kalau fikir ia akan bawa kebaikan pada diri, so bertahanlah. Kalau ia akan membawa keburukan kepada diri, so pertahankanlah. Minta doa banyak2 pada Allah - Tuhan Yang Maha Mengetahui. >>"Jika ini adalah yang terbaik bagi diriku, aku redha. Jika aku perlu bertahan dan memperjuangkannya Kau KUATKAN hati ini Ya Allah..."<< itulah doa yg selalu aku dititipkan  setiap hari.

2. BUT If u are really CAN'T FIX it? :
Redha, biarkan saja, dan biarkan ia berlalu. Nasi sudah jadi bubur sayang hoiii... Allah mesti ada perancangan yang lebih baik untuk kita. PERCAYA ..lah... sbb dulu aku mmg lalai dan endah tak endah dengan pesanan ini. Jadi bila aku ''terjebak'' dengan dugaan hidup ni, baru aku tau apa maksudnya kata2 nasihat tu. Tuhan akan bagi yang lebih baik lagi kepada kita, BE STRONG dear!!


3. Ambil PENGAJARAN ILMU KEHIDUPAN:
lain kali kena fikir dahulu sebelum bertindak! Ilmu amat penting, ilmu yang paling baik adalah dari pengalaman, tetapi tak kiralah nak nak cedok dari penulisan atau dari pengalaman orang lain. Percayalah, kita akan ada panduan dan tidak keseorangan. Bukan anda seorang yang pernah mengalami ''derita hidup itu'' ada orang diluar sana juga pernah mengalaminya. Malah, ada yang LEBIH TERUK DARI ENGKAU..KAU TAHU TAK??.


4. REDHA & BERSYUKUR dengan ujian: Apa-apa pun kembalilah pada ALLAH s.w.t


5. LUAHKAN APA YANG DIRASA:  atau MENANGIS lah sepuas-puasnya pada seseorang yang sudi mendengar keluhan kamu =) Bercakaplah dengan seseorang, yang boleh kita percayai. Jumpalah kaunselor atau psikitari jika perlu. Yang mendamaikan kita, membuatkan kita merasakan yang diri kita sepatutnya bersyukur apabila diuji Allah s.w.t. Jika tidak, boleh juga meluahkan tekanan yang dirasai dengan menyibukkan diri dengan kerja

6. UJIAN ITU MENGUATKAN DIRI :
Jika orang sekeliling kita terlibat dengan masalah atau melakukan sesuatu kesalahan, jangan nak mengata dan mengutuk orang lain, insyaAllah janji Allah amatlah benar: "SATU JARI kita tunding kat orang, SEPULUH JARI lagi kemudian akan tunding kat kita", kalau kita kata PADAN MUKA kat orang, tak mustahil insyaallah PADAN itu akan berada di MUKA kita sendiri satu hari nanti.  So...tak payah lah nak menampakkan keaiban orang lain. Apa yang kita dapat??

7. BERSABAR DAN BERTENANG
Senyum ....tak perlu kata apa-apa.


8. BERTEGAS TERHADAP APA YANG KITA MAHU
Mengikut kajian hanya terdapat 3% manusia yang dilahirkan dengan sifat TEGAS YANG SEMULAJADI.  Manakala yang lain terbentuk hasil dari pengalaman hidup. Jangan mengikut arus sahaja. Punca seseorang yang tidak TEGAS adalah
     - tidak berfikir dengan baik
     - terburu-buru membuat keputusan
     - tidak berfikir panjang
     - tidak banyak pengalaman dan ilmu
     - tidak fokus
     - teragak-agak
     - tidak berdoa sebelum memberi keputusan
     - mengikut arus
     - tidak tetap pendirian