aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Wednesday, December 31, 2008

Anak kepada DR Ustaz Haji MOHD RIDHUAN TEE dan Sejarah

Online sampai pagi-pagi buat aku lebih alert dengan apa yang aku taip..dan lebih cepat mengisi otak yang agak perlahan ni, dan mengeluarkan maklumat tu semula. Biasalah aku memang akui aku jenis lambat tangkap, tapi sekali aku tangkap aku susah nak lepas. Kira macam burung hantulah(even my eyes is such), berjaga malam-malam. Then, aku ada chat dengan seorang adik ni, anak kepada DR Ustaz Haji Mohd Ridhuan Tee katanya, kalo dia tipu,aku tipu juga la dan korang pun tertipu. Aku kenal adik ni, almost three to four months kat laman sembang YM. Couple days after our 1st chat, YM aku kena virus. Aku hanya boleh chat dengan chatters yang dalam list saja. Alamak...spoil la aku nak cari 'cinta cyber' macam ni.Nampaknya aku padamkan hasrat tu. Aku sedia menunggu pinangan dari aktor tampan lagi bergaya Fahrin Ahmad ^_^. ..sebab asyik-asyik chat dengan budak-budak.
Ok berbalik kepada adik tersebut yang tidak teragak-agak membetulkan panggilan aku kepada bapanya, seorang pendakwah terkenal dengan nama En. Ridhuan Tee..hehe sorrylah. Aku berbangga dia dengan penuh hormat menggelarkan aku cikgu...cikgu cybernya selain memanggil aku 'kakak'. Aku pun rasa bangga la kejap (hidung kembang kempis ni..ahaks) sebab dia banyak meminta nasihat dan tips belajar dari aku. Even aku baca buku teks sejarah malam sebelum exam paper Sejarah PMR je...aku score A, tapi Sejarah SPM dapat B3 ja. Susahlah sebab salah target soalan. Adik tu menyuarakan pendapatnya yang tak minat Sejarah. Tak maulah aku 'kondem' dia, sebab dia tu mix Cina + Malay. Tak boleh nak salah kan dia..banyak pelajar macam ni. Subjek macam Sejarah, Geografi, English dan Matematik selalunya yang tercorot. Dia belum bagitau result PMR, "didnt send text book, no result". Aik..pelik jugak anak Ustaz ni. Aku kata kat dia aku "tak kisah, i dont mind if you dont want to tell me the result". Siapalah aku, jangan diasak seseorang dengan hak dia.
Tapi bagi aku, aku sangat kecewa bila tak dapat gred yang baik dalam subjek tu
masa paper subjek Sejarah Pembentukan Nasion Malaysia(SPNM) kat UMS. Sudah aku harungi lautan, mendaki bukit, melintasi padang pasir, dengan rambut selembut sutera....ala..hiperbola la pulak..ahaks,tapi betullah susahnya nak dapat gred baik kalau under Prof. Adam Ahmad bagi paper tu. Pernah aku sampai bercucuran air mata membaca buku bertajuk Dato' Onn bin Jaafar (Tokoh sebenar Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu bagi aku) ..., apa yang ditulis oleh pengarang tersebut berdasarkan catatan sejarah dan rujukan-rujukan verbal begitu menyentuh kalbu. Tapi walaupun masa tu midsem paper je, susah dan mengelirukan betul pakcik^_^ tu buat soalan, aku betul separuh je ..ehek.
Sekarang aku akan jadi malu jika tak dapat menjawab atau berdebat kepada sesiapa yang bertanya tentang Sejarah Malaysia apatah lagi Sejarah Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Minat Sejarah tidak akan menjadikan seseorang itu membosankan, malah lebih mengenali asal usul keturunan dan agama yang dianutinya. Tak lupa pulak dengan pendapat segelintir manusia yang berpegang kepada pepatah 'perkara yang lepas usah dikenang' ..tapi cubalah kenang dengan mengambil nilai positif padanya. Apa yang tak disukai diperbetulkan dalam perkara yang sedang berlaku dan akan berlaku. Akhir kata
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini
p/s : Kakak aku sorang tu pernah dapat straight A dalam PMR dia, tapi B dalam Sejarah...Cikgu sejarah dia pula yang menangis.
Ni aku sertakan lirik lagu yang layan je...
Drive
by Incubus

Sometimes, I feel the fear of
Uncertainty stinging clear.
And I can't help but ask
Myself how much I'll let the
Fear take the wheel and steer.
It's driven me before, and it seems to
Have a vague, haunting mass appeal.
But lately I am beginning to find that
I should be the one behind the wheel.
Chorus:
Whatever tomorrow brings, I'll be there
With open arms and open eyes, yeah.
Whatever tomorrow brings, I'll be there,
I'll be there?
So if I decide to waiver my chance to be one of
The hive
Will I choose water over wine and hold my own
And drive?
It's driven me before and it seems to be the way
That everyone else gets
Around.
But lately I'm beginning to find that
When I drive myself
My light is found.
(Chorus)
(Would you kill the Queen to crush the hive?)
Would you choose
Water over wine?
Hold the wheel
And drive?
(Chorus)