aku iedalova

Total Pageviews

la...la...la...kerjalah

Perjalanan menuju kejayaan...tanggungjawab makin bertambah...doakan aku. Terima Kasih =)

Saturday, October 27, 2012

Berkorban demi ?

1. Allah s.w.t
2. Rasullullah s.a.w
3. Ibu bapa dia dan aku
4. Dia yang.ku sayang
5. Diriku sendiri yang mahu bahagia ;) kernaku sayang kamu...

Saturday, October 13, 2012

Tuesday, October 9, 2012

FORGET HIM, HE NEVER LIKE OR LOVE YOU!!! ALLAH DOES :)

'Sorry for trying so hard and give a bad thought.' .... 7th ex= i try so hard... (ACTUALLY dia mungkin nak bagitahu that 'i just can't love u') kan.. hurm tak apalah...sabar2x, sabar banyak2x ya iedalova...Allah kan ada... masa ini ialah masa aku untuk bersyukur dengan apa yang aku ada, bukan mengenangkan benda yang aku xada. chayok IEDA, chayokk!!!. you know what, don't laugh at me & my feeling. because someday u'll might  feel like this too. Gudnite, assalamualaikum :)

Sunday, October 7, 2012

... A.L.O.N.E ...

Bosan dan keseorangan... Allah... kenapa aku tak kuat??  perlukah aku menjalani semua dugaan ini? Kenapa semua yang aku sayang meninggalkan aku? apa benar aku ni terlalu baik dan membosankan? kenapa kau dugaku sebegini? mampukah aku bertahan? kenapa mereka yang jahat sebegitu tapi sentiasa berbahagia. Adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada?

1. Aku ada pekerjaan yang baik dan pelajar amat menghormati dan menjadikanku sebagai sumber inspirasi
2. Ibu bapaku memang sebegitu, tapi nak buat mcm mana.. mereka sahaja yang aku ada. Kerana mereka aku lahir ke dunia. Sekarang aku berusaha tak menyakiti hati mereka, dan cuba membahagiakan mereka. Bantu mereka menghadapi hari2 tua mereka.
3. Adik beradikku ada semuanya, boleh sahaja nak call dan bersembang2 dgn mereka... cari je lahh tempat nak bersembang..
4. Kawan?? ermm biasalah kita kena kena hormati mereka dan kerja mereka. Tiada niat pun nak menunjuk2 siapa lebih hebat. Saya selesa low profile pada tempatnya. kalau orang tak suka kita, kita tak boleh paksa. Just senyum dan be yourself. 'seorang kawan yang memahami adalah lebih beerti dari seribu kawan yang mementingkan diri sendiri'.. tolong bila mereka perlukan pertolongan, dan jangan lupa ucap 'Terima Kasih'..pujilah mereka sikit. Manusia sukakan puji-pujian..

5. Soulmate ?? biarlah Allah yang tentukan. Saya dah berusaha secukupnya.. sekarang saya tingkatkan doa.

.kalo kite da syg seseorang, doa jugakla kalo die (org yg kite syg) baik utkku tetapkanla rase syg ni..kalo die xbaik utkku semoga Allah beri petunjuk..sentiase redha dan ikhlaskan hati..soal jodoh ni susah nak agak..kuasa Tuhan..Rahsia Allah.. :) Kuatkanlah hatiku ya Allah..aku ingin setia menunggunya dan berdoa memilikinya. Masa yang ada ini akan ku guna untuk memperbaiki diri. Memang betul aku belum bersedia dan Allah tahu itu. Jika dia bukan untukku Kau hadirkanlah seseorang yang lebih baik darinya, yang sentiasa mententeramkan jiwaku. Membuatku merasa tenang dan selamat bersamanya. Semoga aku telah mendapat pengajaran yang bukan sedikit. Akal yang sihat akan menerima pelajaran. ..



http://www.islamituindah.my/menyingkap-rahsia-doa

Sejauh mana kita BERTERIMA KASIH??

Di riwayatkan daripada Abu Sa'id beliau berkata : "Rasullullah s.a.w bersabda, mafhumnya" ... " Sesiapa yg tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak akan pernah bersyukur kepada Allah.."
(Riwayat at-Tirmizi) - selamat pagi



Saya memang orang asing, tapi awk nampak lebih bernilai sbb awk tahu menghargai orang lain... ^^v

“Sesungguhnya rahmat Allah dekat kepada orang-orang yang berbuat Ihsan” [Quran, Surah al A’raf: 56]
#syukran ya Allah

Sunday, September 30, 2012

13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA


13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA






:: ♥ 13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA ♥ ::

1. BULU KENING – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikandari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. KAKI DAN SEMACAM HANTU LOCENG – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. WANGIAN – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. DADA– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikandari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. GIGI– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. MUKA DAN LEHER – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. TANGAN– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. MATA– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. MULUT (SUARA) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. KEMALUAN– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikandari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PAKAIAN– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. RAMBUT– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)RiwayatImran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda..

PUTUS CINTA - betul-betul menyakitkan

PESAN IBU SAYA : Ingin saya kongsikan doa yang pernah diajarkan oleh Ibu saya ini yang selalu saya amalkan dulu-dulu di kala dalam kekecewaan cinta. Cubalah amalkan secara berbual dengan Yang Maha Esa...

= "Ya Allah, sesungguhnya aku memang masih terlalu cintakan dia, namun ianya amat menyakitkan ku. Aku tidak mahu lagi ada rasa cinta sebegini Ya Allah, ...tapi, aku amat terseksa di dalam mencint

ai dia yang sebenarnya, tidak cintakan aku...jadi, aku memohon pada mu Ya Allah, tolonglah buangkan rasa yang menyeksa jiwa aku ini dan gantikan kepada rasa bahagia dengan kasih sayang dari mu Ya Allah! ...limpahkanlah ketenangan dari kurnia mu Ya Allah agar jiwa aku kan terus aman dan tenteram selalu, InsyaAllah, itu saja yang aku harapkan..." =

Kata Ibu, ...Di waktu kita kebuntuan dan tidak tahu arah mana yang hendak dituju... ketenangan dari Tuhan sajalah yang dapat membantu kita untuk kembali berfikir dengan lebih rasional dan sempurna...

Bagi yang sudah biasa berdoa begini, harapnya sudah menemui ketenangan, dan bagi anda yang baru mahu mencuba... percayalah, di saat anda mencapai tahap ketenangan abadi itu... Cinta, kasih dan sayang akan hadir dari segenap penjuru...

Saya ambil petikan ini dari :

Ikhlas dari Razzi Rahman @ Brother Love
- klik LIKE if u ♥ this